[VIDEO] “Berbakat G1ler Awak Ni!”, Zulin Lukis Wajah Erra Fazira Terima Reaksi Empunya Badan

Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, anak seni bernama Zulin Aziz ini turut berkebolehan dalam menghasilkan video suntingan yang mampu buatkan peminatnya terhibur. Malah baru-baru ini Zulin Aziz berkongsi pula bakat melukis potret.

Dalam perkongsian terbaharunya di Instagram, Zulin lukis wajah Erra Fazira dan hasilnya cukup mengagumkan. Bukan calang-calang betul bakat selebriti Zulin Aziz ini!

Mungkin sahaja disebabkan PKP yang tidak berkesudahan ini membuatkan Zulin Aziz mengisi masanya dengan perkara berfaedah begini. Berikut adalah perkongsian video pendek yang memaparkan Zulin lukis wajah Erra Fazira yang dimuat naik di Instagram miliknya ini:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Wow, memang cantik dan sama betul lukisan potret tersebut! Ini pula adalah hasil yang dikongsikan dalam posting berlainan:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Di ruangan kapsyen, Zulin menulis ia adalah hadiah darinya buat Erra Fazira. Malah dia sempat menawarkan hadiah lukisan wajah peminatnya sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka. Kedua-dua perkongsian ini telah meraih lebih 30 ribu likes. Di ruangan komen rata-rata warganet memuji hasil lukisan potret ini termasuklah Erra Fazira sendiri.

“Sumpah lawa! Sumpah berbakat giler awak ni! Love it! Nak beli hasil tangan awak please…”

“Jadi sangat”

“Wowww sama 100% Kak Zulin”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment on "[VIDEO] “Berbakat G1ler Awak Ni!”, Zulin Lukis Wajah Erra Fazira Terima Reaksi Empunya Badan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*