[VIDEO] Gadis kongsi rakaman berm3sra dengan pasangan und4ng lucu, “Baru nak jeles…”

Meluangkan masa di media sosial selain dapat menghiburkan hati turut sama memberi tekanan kepada segelintir golongan, seperti contoh individu-individu bujang yang terpaksa menghadap rakaman-rakaman dan kisah romantik orang lain dengan pasangan masing-masing.

Perkara itu tidak dapat dinafikan membuat sesetengah orang rasa sunyi atau sendu dan turut mengimpikan mereka juga memiliki seseorang di sisi untuk menemani dan bermesra dengan mereka.

Walaupun kebanyakan orang bujang hanya dapat bermimpi, seorang gadis ini membawa angan-angannya ke peringkat seterusnya apabila dia dilihat bermesra dengan pasangannya ketika keluar bersiar-siar.

Rakaman yang diambil di sebuah pusat beli belah itu menunjukkan gadis tersebut ditemani pasangannya sambil dia merakam kaki mereka ketika duduk bersama untuk menunjukkan betapa rapatnya mereka.

Dia kemudian merakam dirinya bersandar dan meletakkan dagu di bahu temannya itu dengan romantik, sebelum bangun meninggalkan lelaki itu yang rupa-rupanya hanya sebuah p4tung mannequin.

Tindakan gadis tersebut berangan mempunyai pasangan berjaya memperdayakan penonton sekali gus membuat ramai terhibur, di samping turut memahami itulah yang berlaku setelah seseorang itu lama membujang.

“Aku baru nak jeles…”

“Sendu tervk bila tengok…”

“Bila dah lama single…”

“Teringin nak feeling2…”

        “Inisiatif baru…”

“Idea yang bijak untuk buat orang lain cembvru…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Gadis kongsi rakaman berm3sra dengan pasangan und4ng lucu, “Baru nak jeles…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*