[VIDEO] Reaksi Kucing Bila Ditinggalkan Sekejap Ini Buat Ramai ‘Ger4m’

Bagi pencinta kucing, apa saja yang dilakukan oleh kucing pasti nampak comel di mata mereka. Macam gelagat kucing yang dikongsikan ini yang berjaya menarik perhatian ramai.

Sehinggakan video itu juga tular dikongsikan dengan lebih sejuta tontonan setakat ini. Bukan saja mencuit hati, malah ramai juga yang ‘geram’ melihat gelagat kucing comel ini yang menjadi tarikan ramai.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing ini memberitahu dia sengaja ingin merakamkan reaksi kucingnya apabila ditinggalkan sebentar.

Dia kemudiannya keluar membuang sampah sambil si kucing itu menanti di hadapan pintu. Sebaik saja pemiliknya keluar, kucing itu mula membuat bunyi bising memanggil pemiliknya itu.

Menurut wanita itu, kucingnya itu sukar untuk membuat bunyi namun dia terkejut apabila si kucing itu memanggilnya dengan suara yang kuat.

Walaupun ditinggalkan untuk seketika, kucing itu setia menanti di hadapan pintu sehinggalah pemiliknya pulang. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama ‘geram’ melihat telatah comel kucing ini yang setia menunggu pemiliknya itu.

“Bila perasan kamera auto sopan.”

“Tu tanda dia sayang betul dekat akak.”

 

“Sebijik kucing aku kalau balik kerja sampai luar rumah tu dah dengar suara dia kuat gila…”

“Masa tu lah dia ada masa untuk bebel, kalau depan akak dia baik je.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Reaksi Kucing Bila Ditinggalkan Sekejap Ini Buat Ramai ‘Ger4m’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*