[VIDEO] Rakaman Air Masin Dan Air Tawar Tidak Berc4mpur, “Pertembungan Laut”

Dalam dunia ada pelbagai keajaiban yang belum lagi kita lihat dengan mata sendiri. Salah satunya adalah air masin bertemu dengan air tawar yang tidak bercampur.

Keadaan ini dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok yang mana sebuah kapal melalui di kawasan air masin dan air tawar bertemu. Sesuatu yang cukup luar biasa dan unik sekali untuk dilihat.

Dalam video tersebut, rakaman yang diambil dari atas kapal yang melalui sempadan kedua-dua jenis air itu nampak cukup jelas perbezaan warnanya. Satu biru gelap dan satu lagi macam seakan warna sungai yang keruh.

Berikut adalah rakaman air masin dan air tawar tidak bercampur yang dimuat naik oleh akaun Tiktok dengan nama akaun Its_k4Y ini:

Wow, bertuah betul dapat lihat kejadian alam yang cukup unik ini secara langsung! Tapi dapat menonton dari rakaman pun sudah rasa kagum dengan situasi ini. Perkongsian rakaman air masin dan air tawar tidak bercampur ini telah meraih 1.5 juta tontonan dan 183 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“MashaAllah teruja dapat tengok even video je, terima kasih tunjuk”

“Subhanallah…Hebat kan kuasaNya..Tak bercampur sikit kan. Walaupun dekat berombak kan. Yang itam air masin la”

“Kalau dalam sains sebab ketumpatan air tawa dengan air masin berbeza”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Rakaman Air Masin Dan Air Tawar Tidak Berc4mpur, “Pertembungan Laut”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*