[VIDEO] Kucing Tidur Dengan Gaya Kejvng Buat Ramai Berdek4h Melihatnya

Setiap kucing selalunya pasti ada gaya yang tersendiri ketika tidur. Ada kalanya gaya mereka tidur ini boleh membuatkan pemilik kucing naik hairan melihatnya. Sama macam yang dikongsikan gadis ini tentang gelagat kucingnya ini.

Bukan saja kelihatan pelik, malah gaya tidur kucing ini juga turut kelihatan lucu seolah-olah dia berada dalam kesakitan. Rata-rata netizen turut sama berdekah apabila melihat gaya kejung kucing ini ketika tidur.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis ini berkongsikan rakaman gelagat kucingnya yang sedang tidur. Kucing berwarna putih itu dilihat sedang menikmati waktu tidurnya di atas sebuah meja belajar milik gadis itu.

Namun yang mencuit hati ialah reaksi muka kucing itu yang seolah-olah kejung dan terlantar sakit. Bukan itu saja, kucing itu juga tidur dalam keadaan mata dan mulut yang sedikit terbuka.

Lebih melucukan, kucing itu masih lagi tidur dalam keadaan yang nyenyak dan tidak sedar gelagatnya ini sedang dirakamkan oleh pemiliknya ini.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat gelagat kucing ini. Ada juga yang berseloroh mungkin juga kucing itu berasa penat setelah melakukan pelbagai kerja di rumah.

“Sama dengan kucing kat rumah, tidur ala-ala kejung.”

“Penat buat homework kot.”

“Kannn kucing sekarang ni memang tidur macam ni ek…”

“Dia yang terpaling penat dalam rumah.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Kucing Tidur Dengan Gaya Kejvng Buat Ramai Berdek4h Melihatnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*