[VIDEO] Pemuda balas semula jasa ibu berk0rban bayar yuran belajar dapat pujian ramai

Sesunguhnya jasa seorang ibu mahupun bapa dalam membesarkan anak-anak tidak akan dapat dikira dan boleh dibalas oleh anak-anak.

Begitu banyak jasa mereka terhadap kita terutama ibu yang mengandung dan melahirkan kita manakala ayah mencari rezeki untuk membesarkan kita. Tetapi selagi masih mampu, terdapat banyak cara untuk kita membalas jasa orang tua.

Bagi seorang pemuda ini pula, caranya untuk membalas jasa ibu membuatkan netizen sangat terharu dengannya sekali gus memberikan pujian.

Satu hantaran video daripada pemuda tersebut kepada umum mengundang rasa terharu anak-anak yang turut sama ingin melakukan sepertinya jika diberikan kesempatan.

Pemuda tersebut melalui video menunjukkan bagaimana dulu dia seorang pelajar meminta bantuan ibu bagi membayar yuran manakala selepas dirinya berjaya bekerja, dia membalas jasa ibu dengan memberinya duit.

Pasti begitu gembira ibu pemuda ini dan dalam pada masa yang sama, perkongsian pemuda tersebut membuatkan netizen turut sama tumpang gembira melihat seorang anak yang menghargai orang tua mereka.

“Lepas I habis degree, I terus cari kerja. Perkara pertama yang I nak buat…”

“Berjasalah pada parents. Rezeki mencurah-curah. Hidup pun tenang”

“Alhamdulillah. Jaga dan hargai lah orang tua selagi masih bersama kita”

SumberTikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Pemuda balas semula jasa ibu berk0rban bayar yuran belajar dapat pujian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*