“Ni tanggungjawab kami”- Tiada Line Di Pedalaman, Guru Jadikan Perahu Sebagai ‘Bilik Darjah’

Kelas online yang disebabkan oleh pandemik di negara kita ini bukan sahaja menjadi cabaran untuk para pelajar tetapi guru-guru pun terpaksa menghadapi dugaan yang sama untuk terus amanah melaksanakan tugas diorang mendidik anak murid.

Di Sabah, ada seorang guru bernama Nasir Mohamed Jamal yang berusia 39 tahun terpaksa jadikan perahu sebagai ‘bilik darjah’ untuk pastikan tak ada anak murid dia yang ketinggalan dalam pelajaran disebabkan PKP yang menjadi penghalang untuk diorang belajar secara bersemuka di sekolah.

Menurut BERNAMA, ada seorang guru lelaki yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Desa Permai menggunakan perahu untuk pergi hantar sendiri modul pelajaran setiap minggu kepada murid-murid dia disebabkan kawasan pedalaman dekat situ tak ada perkhidmatan jalur lebar yang baik.

“Saya dan rakan guru lain ambil inisiatif untuk hantar sendiri modul PdPR guna perahu sekali atau dua kali seminggu.”

Nasir yang mengajar mata pelajaran Sains, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan meceritakan yang dia akan meninggalkan rumahnya dan pergi ke perahu kayu beratap yang dia buat sendiri di Sungai Kinabatangan untuk ke rumah murid-muridnya.

Sebelum memulakan pembelajaran di perahu tersebut yang dijadikan ‘bilik darjah’, Nasir akan imbas dulu suhu badan murid dia dan akan pastikan diorang pakai hand sanitizer serta face mask dulu.

Nasir yang berasal daripada Perak itu sebenarnya sudah 10 tahun berkhidmat di sekolah itu dan dia akui keadaan di kawasan pedalaman dan kawasan bandar memang jauh beza.

“Perbezaan ini yang buat saya ada rasa tanggungjawab untuk terus mendidik dan beri pended4han kepada murid-murid.”

Diorang sebagai cikgu pun akan berusaha untuk terangkan dekat murid-murid betapa pentingnya untuk sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi sebab dengan cara itulah diorang boleh bawa perubahan kepada masyarakat di kawasan tersebut.

Bersyukur diorang dapat cikgu yang bertanggungjawab macam ni. Semoga diorang tak lupa jasa cikgu-cikgu tu bila dah berjaya nanti.

 

Sumber: BERNAMA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://lobakmerah.com/

Be the first to comment on "“Ni tanggungjawab kami”- Tiada Line Di Pedalaman, Guru Jadikan Perahu Sebagai ‘Bilik Darjah’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*