Tiga hari tutup telefon, Elizad kembali positif – “Bukan mudah saya dan keluarga lalui perkara ini”

SELEPAS tiga hari mendiamkan diri berikutan isu dih1na mandul, pelakon Siti Elizad akhirnya kembali dengan keadaan ceria berserta aura positif.

Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37, mengaku bukan mudah melupakan apa yang berlaku dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.

“Selepas tiga hari tanpa telefon, saya kembali dengan kehidupan yang positif. Ceria seperti selalu. Terima kasih kepada anda semua atas sokongan dan doa.

Elizad kongsi perkara itu di Instastory miliknya.

“Maaf untuk keluarga jauh dan dekat, kawan-kawan serta mereka yang saya tak jawab panggilan atau WhatsApp. Harap anda semua memahami, bukan mudah untuk saya dan keluarga melalui perkara ini.

“Sesuatu yang bukan mudah untuk maafkan dan melupakan. Rahmat di sebalik ujian,” kata Elizad.

Pada Rabu lalu, Elizad membuat laporan p0lis terhadap seorang pemilik akuan Facebook yang mengh1nanya kerana mempunyai masalah gangguan kesvburan.

Menurut Elizad dia cukup terkesan apabila ditvduh sebagai mandul hanya kerana usahanya untuk mendapatkan zuriat belum dimakbulkan.

 

Bersihkan hati, berlapang dada… Allah berikan rezeki berganda-ganda.

SITI ELIZAD

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon drama siri Bila Cupid Jatuh Cinta ini memberitahu dia tidak dapat menerima orang yang membenci seseorang tanpa sebab.

Sama seperti orang lain yang bekerja keras, Elizad berkata dia menjejak kaki ke dalam industri seni hanya untuk mencari rezeki.

“Tak boleh terima dengan orang yang sangat mudah tak suka orang tanpa sebab. Saya datang dalam industri ini sebab nak cari rezeki. Allah beri kelebihan kat sini.

“Tak kacau orang pun. Berlakon, buat hosting, jadi penyampai radio. Andai kata tak suka, tiada paksaan pun. Masing-masing ada pilihan. Boleh komen dan kritik, janganlah sampai mengh1na.

Sebelum ini, Elizad kongsi status individu yang mengh1nanya.

“Kita ini semua sama saja, tak ada beza. Saya pun macam orang lain, pergi kerja, balik kerja, cari rezeki, bekerja keras dari muda sebab nak gembirkan orang tua.

“Pergi pasar, lepak gerai, tak ada langsung rasa nak poyo-poyo. Bersihkan hati, berlapang dada… Allah berikan rezeki berganda-ganda. Have a good heart,” ujarnya.

Untuk rekod, Elizad pernah menjalani raw4tan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pada November tahun lalu namun masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Pelakon drama bersiri Jalan Sesat Ke Syurga itu mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Tiga hari tutup telefon, Elizad kembali positif – “Bukan mudah saya dan keluarga lalui perkara ini”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*