Dulu Main Lumpur, Kali Ini 4 Beradik Main S0ndol Tanah Bikin Berdek4h

Sebelum ini pernah tular dikongsikan gelagat empat beradik yang seronok bermain lumpur mengalahkan kanak-kanak. Baru-baru ini pula, gelagat mereka ini sekali lagi mencvri tumpuan apabila mereka bermain s0ndol tanah pula kali ini.

Gelagat empat beradik ini turut tular dikongsikan sehinggakan video tersebut meraih satu juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur dengan gelagat mereka ini yang sering kali bermain seperti kanak-kanak.

Di dalam video yang dikongsikan ini, empat beradik itu kembali bermain lumpur di kawasan yang sama seperti yang dikongsikan sebelum ini. Kali ini mereka meniru aks1 penerjun negara yang kononnya sedang beraksi dalam pertandingan.

Bukan itu saja, setiap seorang dari mereka juga siap melakukan gaya yang sama seperti atlet penerjun negara. Malah mereka siap menggunakan audio dari pengulas sukan yang mengulas dalam pertandingan sebenar.

Lebih melucukan, mereka bukannya terjun ke dalam air seperti atlet penerjun negara tetapi hanya meny0ndol pada tanah yang berbukit di situ.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat empat beradik ini. Ada juga yang berseloroh perangai mereka ini mengalahkan kanak-kanak yang sedang bermain.

“Mana lah korang dapat idea macam ni.”

“Hari demi hari perangai orang malaysia semenjak PKP semakin pelik.”

“Habis laa kena sesah dengan getah paip balik kang…”

“Asal boleh je korang eh. Memang tak membosankan lah hidup masa PKP ni…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Dulu Main Lumpur, Kali Ini 4 Beradik Main S0ndol Tanah Bikin Berdek4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*