ADUN D4kwa Video Lama, Netizen ‘Si4sat’ Tunjuk Bukti Jersi Liverpool & Tudung Keluaran 2021

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato’ Mohd Rashid Hasnon menafikan video yang tular di media sosial dan kini hangat diperkatakan oleh netizen itu adalah video baru. Video tersebut menunjukkan sekumpulan individu termasuk dirinya sedang menghadiri ‘kenduri durian’ di dalam sebuah dusun.

Menurut Malaysiakini, Mohd Rashid menafikan d4kwaan bahawa dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP dan rakaman itu adalah video lama.

Tak adalah, itu (video) lama kot. Saya ingat (video) tahun lepas punya, sebelum PKP.”

Netizen ‘si4sat’ dan tunjuk bukti

Bagaimanapun, selepas penafian dilbuat oleh Mohd Rashid netizen dan warganet melakukan ‘si4satan’ mereka tersendiri kerana musykil ianya adalah video lama.

Bagi mengukuhkan lagi, ramai netizen tampil dengan bukti-bukti yang menunjukkan ‘kenduri durian’ seperti dalam rakaman itu berlaku baru-baru ini ketika PKP. Menerusi Twitter, seorang netizen telah menunjukkan screenshot gambar salah seorang individu di dalam rakaman tersebut yang memakai tudung.

Menurutnya, tudung tersebut adalah koleksi Raya yang dikeluarkan jenama terbabit pada tahun ini. Ianya baru dilancarkan lebih kurang 2 bulan lepas.

Baru release dlm 2 bulan lepas, tetiba cakap video ni tahun lepas punya?”

 

Jersi Liverpool terbaru

Seorang netizen lain pula turut menunjukkan bukti pakaian dipakai oleh salah seorang individu yang menghadiri ‘kenduri durian’ terbabit. Berdasarkan bukti ditunjukkannya melalui Twitter, individu tersebut dirakam memakai jersi Liverpool berwarna merah keluaran musim liga 2020/2021, membuktikan ia bukanlah rakaman lama.

Selain tudung dan jersi ramai netizen lain turut menunjukkan bukti dan hasil ‘siasatan’ masing-masing antaranya adalah tarikh pada cek yang menunjukkan tahun 2021 serta pemakaian sesetengah individu yang dilihat sama seperti di dalam acara sumbangan durian bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Hajah Zuraida Kamaruddin di Batu Pahat.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook dilaporkan telah memuat naik rakaman majlis kenduri durian yang dihadiri wakil rakyat, Mohd Rashid. Susulan video itu, satu laporan p0lis telah dibuat dan menurut Ketua P0lis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah, kertas si4satan telah dibuka dan pihaknya sedang menyi4sat kejadian berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "ADUN D4kwa Video Lama, Netizen ‘Si4sat’ Tunjuk Bukti Jersi Liverpool & Tudung Keluaran 2021"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*