Tak Mahu Ungkit Zaman Jah1l Suami, Bella Astillah Hanya Ingin Beri Sokongan Moral Pada Aliff Aziz

“Suami dia tak layak untuk diberi kemaafan!”

Lancar sungguh kata yang terluah, bagaikan diri itu “maksum” tiada langsung berbuat silap, apa lah salahnya jika menilai dahulu kesilapan itu daripada terus menghvkum dengan tudvhan melulu yang sungguh meny4kitkan.

Setiap orang pasti ada kisah silam masing-masing yang sukar dilupakan, barangkali itu sahajalah memori indah atau mungkin juga pahit yang akan dikenang seumur hidup oleh seseorang itu.

Namun begitu, tidak semua kisah lampau kita diketahui oleh orang lain, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan s1si ‘gel4p’ pada suatu masa dahulu.

Masakan tidak, tiada sesiapa pun mahu membuka pekung di dada kerana ia seolah-olah bagai membuka a1b sendiri, namun jika melibatkan hal orang lain, laju pula dia men3rpa mahu tahu?

Mendalami isu sedemikian, kecoh di laman Twitter berkenaan video pendek yang memperlihatkan seorang lelaki yang dikatakan mirip dengan penyanyi kontr0versi apabila hantaran berkenaan memaparkan aks1 yang tidak sen0noh.

Memuat naik hantaran di laman Insta Story, penyanyi Bella Astillah atau Dayang Nabella Awang Astillah hanya mahu tampil memberi respon positif kerana mengetahui bahawa rakaman yang tular itu adalah video lama milik suaminya, Aliff Aziz.

“Bella pun tak tahu apa motif orang yang viral kan video tu…Bella pun tak tanya lebih-lebih dekat Aliff…betul sebab Bella pun rasa macam kenapa Bella kena tanya, kena k0rek…Bella dapat apa?”

Jangan letakkan bebanan yang melampau pada mereka yang sudah mula mencari sinar untuk berubah, sesungguhnya rasa penyesalan di dalam hati atas kesalahan yang dilakukan sekelam apa pun masa lalu seseorang, pintu kemaafan tetap Allah SWT buka seluas-luasnya kepada mereka yang ingin bertaubat.

“Sekarang ini apa yang terbaik adalah kalau kita doakan orang lain…In Sha Allah kita pun akan dapat kebaikan…and Bella rasa apa yang penting untuk Aliff sekarang ni kan adalah sokongan…moral support…”

Hantaran yang dimuat naik itu jelas sekali mempamerkan reaksi selebriti ini yang seperti tiada kata lain yang wajar diungkapkan  selain memohon kalimat yang baik-baik sahaja kerana tiada gunanya bertik4m lidah jika perkara itu merupakan masa lalu yang dilakukan oleh suaminya.

“Takkan lah Bella nak paksa-paksa Aliff nak ungkit…Bella ada pernah cakap dulu, Bella tak suka ungkit, tak suka nak korek sebab tidak akan memberi apa-apa faedah dan tak ada manfaat untuk diri Bella especially rumah tangga Bella”

Mengetahui bahawa sudah menjadi lumrah kehidupan, sangat sukar untuk memaafkan atau menerima kembali pasangan yang sudah membuat kesalahan kerana dikatakan kesakitan yang berbekas di dalam hati amat sukar dilupakan.

Namun apabila rumah tangga mulai goyah, ia sewajarnya dijadikan ruang dan iktibar untuk pasangan memperbaiki kelemahan diri serta melengkapi kekurangan.

“Sekarang ni pun, alhamdulillah Aliff berubah ke arah kebaikan dan dia pun tak suka pun nak kongsi sangat…dia nak berubah bukan untuk orang lain…dia nak berubah untuk diri dia sendiri…Jadi benda tu pun dah bahagiakan Bella sebab dia sedikit sebanyak ada perubahan sebab nak berubah ini bukan mudah bagi dia, jadi dia pelan-pelan…Bella harap sangat korang semua sokong and doakan yang baik-baik…itu yang lebih baik untuk kitaorang.”

Sesungguhnya sikap pemaaf dan penyayang yang dimiliki oleh Bella ini seharusnya dijadikan contoh terbaik kepada orang ramai kerana perkahwinan adalah bentuk penyatuan dua hati yang wajar diberikan ruang untuk bertoleransi demi menyemai benih cinta yang seharusnya saling melengkapi antara satu sama lain tatkala di waktu suka dan dvka.

Tidak kira pelaku itu membabitkan suami atau isteri, kebiasaannya pasangan sering dipersalahkan dan dikatakan tidak pandai menjaga hubungan hingga menjurus kepada kecurangan.

Ini kerana hubungan yang terlerai bukan noktah menamatkan konflik kerana ada lagi masalah lain mungkin menyusul, antaranya untuk menyesuaikan keadaan dengan status duda atau janda.

Oleh itu, usah dikenang peristiwa yang lalu malah jadikan ia sebagai pengajaran dan teladan untuk sesuatu perhubungan itu pulih dan bangkit mengecapi bahagia bersama keluarga tercinta.

Sebagai rekod, Bella berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna yang kini berusia setahun.

Sebagai peringatan untuk kita yang tidak lepas daripada melakukan dosa, sentiasa perbanyakkan taubat dan memohon keampunan Allah SWT serta kemaafan sesama manusia.

Apa yang penting adalah orang ramai dinasihatkan untuk  saling menutup aib serta menjaga kehormatan sesama manusia.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Bella Astillah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment on "Tak Mahu Ungkit Zaman Jah1l Suami, Bella Astillah Hanya Ingin Beri Sokongan Moral Pada Aliff Aziz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*