Lelaki Kongsi Rag4m Kanak-Kanak Masa Gunting Rambut Di Kedai

Setiap kali menghantar kanak-kanak menggunting rambut di kedai, tentunya ada cabaran yang perlu dihadapi tukang gunting rambut. Mana tidaknya, kanak-kanak biasanya sukar untuk duduk diam dalam masa yang lama dan ada juga yang cukup takut setiap kali menggunting rambut.

Baru-baru ini pula, lelaki ini berkongsikan situasi yang selalu berlaku setiap kali kanak-kanak menggunting rambut di salon. Sebagai seorang tukang gunting rambut, dia juga sudah cukup kenal dengan ragam kanak-kanak yang berbeza-beza ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu melakonkan semula situasi di mana dia perlu menggunting rambut kanak-kanak di kedainya. Antara cabaran yang perlu dihadapinya ini adalah ragam kanak-kanak yang tidak duduk diam semasa rambut digunting.

Selain itu, kanak-kanak juga biasanya akan bermain dengan rambut yang bertaburan di apron sehingga mengganggu proses menggunting rambut. Tidak cukup dengan itu, ada juga kanak-kanak yang akan memusingkan kepalanya gara-gara ingin mencari ibu bapa yang menunggu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat lakonan yang dikongsikan ini. Malah ada juga yang berseloroh mereka pernah melalui kesemua situasi yang dikongsikan ini semasa zaman kanak-kanak dahulu.

“Duduk atas papan legend.”

“Yang takut ayah tinggal tu related habis.”

“Duk main setik-setik tu paling favourite lah…”

“Aku masih tertanya-tanya kenapa waktu kecik dulu kalau nak kena duduk atas kerusi barber tu mesti aku buka selipar.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Lelaki Kongsi Rag4m Kanak-Kanak Masa Gunting Rambut Di Kedai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*