Gigih demi konten TikTok! Setiap hari remaja ini akan berlakon 2 watak dalam drama arahannya sendiri, kemudian baru keluar bekerja

BUKAN mudah nak berlakon, apatah lagi jika terpaksa membawa dua watak berbeza dalam setiap video yang dihasilkan.

Begitulah yang dilakukan remaja berusia 19 tahun ini yang mana drama-drama pendek di TikTok miliknya sering meraih ratusan ribu tontonan.

Bercerita kepada mStar, Mohammad Izwan Kamal mengakui penghasilan karya itu bukanlah satu perkara yang mudah.

Malah katanya, dia selalu ‘pening’ apabila video sama terpaksa dibuat berulang kali demi mendapatkan hasil yang terbaik dan kelihatan realistik.

“Akaun TikTok dah lama buat, cuma baru aktif hasilkan content pada Julai lalu. Mula-mula saya sekadar ikut trend yang orang berlakon seorang diri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kemudian saya cuba buat dua karakter yang mana saya lakonkan kedua-duanya. Skrip, edit, shoot… semua saya buat sendiri. Saya juga yang atur angle dan semuanya.

“Susah nak buat dua watak berbeza dalam satu video. Pernah kena shoot banyak kali. Kalau tak jadi, kena shoot semula. Kadang-kadang dah siap edit, tengok tak OK pula.

Antara video yang dihasilkan Izuan.

“Ia memang memerlukan usaha yang tinggi. Misalnya pukul 8 pagi saya tulis skrip, saya akan berlakon pukul 9 sehingga pukul 11 pagi. Pukul 12 dah siap edit baru saya kongsi ke TikTok,” ujarnya.

Mesra disapa Izuan, dia hanya berkelapangan pada sebelah pagi sebelum keluar bekerja pada pukul 1 tengah hari demi mencari wang untuk menyambung pengajian tidak lama lagi.

Impian nak bagi YouTube naik, tapi tak sangka TikTok yang naik dulu.

IZUAN

Namun kata Izwan yang menetap di Kuala Rompin, Pahang, segala penat lelah itu berbaloi apabila video miliknya meraih perhatian ramai dan turut dihujani dengan pelbagai komen positif.

“Saya kerja kedai makan pukul 1 petang. Jadi saya akan hasilkan video sebelum pergi kerja. Pernah juga tak sempat siapkan video, saya kena pergi kerja dan sambung video pada esoknya.

“Tapi penat jadi berbaloi bila dapat komen-komen positif. Sekarang saya tengah tunggu panggilan UPU, InsyaAllah keputusan akan keluar hujung September ini.

Izwan mengakui terharu dengan komen positif yang diterima di TikTok.

“Saya minat bidang videografi dan filem. Saya nak cuba ke arah bidang itu. Minat bermula sejak sekolah rendah sebab terikut dengan kawan,” ujarnya.

Selain TikTok, Izuan juga sebenarnya sudah memulakan saluran YouTube sejak tahun 2019 yang kini mengumpul kira-kira 600 subscribers.

Kata Izuan, dia terkejut apabila akaun TikTok miliknya lebih pantas mendapat perhatian berbanding YouTube yang sudah lama dimulakan itu.

Izuan bekerja secara sambilan di sebuah kedai makan.

“Saya jadi YouTuber sejak Mei 2019, sekadar cuba saja dan sekarang ada 600 subscribers. Impian nak bagi YouTube naik, tapi tak sangka TikTok yang naik dulu.

“Impian saya kalau boleh nak ada 100,000 subscribers di YouTube,” ujar anak anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

Di TikTok dan YouTube, Izuan yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik lebih dikenali dengan nama Poksu dalam kalangan pengikutnya.

Sehingga kini, Izuan mempunyai lebih 31,000 pengikut di aplikasi TikTok.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Gigih demi konten TikTok! Setiap hari remaja ini akan berlakon 2 watak dalam drama arahannya sendiri, kemudian baru keluar bekerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*