[VIDEO] Pemerg1an Siti Sarah jadi asbab Shuib belajar mengaji al-Quran – “Kalau bab nyanyian tahu pula nak menyanyi sedap-sedap”

Forum sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021 itu turut disertai pendakwah terkenal Haslin Baharim, Abdullah Khairi dan Johari Abdul Wahab.

Cerita Shuib lagi, dia tidak malu untuk belajar semula daripada bawah asalkan dapat memperbetulkan kelemahannya itu.

“Saya nak belajar al-Quran sampai cari semula buku iqra. Saya nak kembalikan zaman kanak-kanak saya mengaji dan belajar iqra.

“Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat u-turn. Saya kena betul-betul pandai baca al-Quran,” katanya lagi.

Tambah Shuib buat masa ini dia berguru bersama pendakwah Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

 

Saya harap masih belum terlambat, saya kena buat u-turn. Saya kena betul-betul pandai baca al-Quran

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

“Kalau boleh saya nak jadi macam ustaz Tarmizi. Dia guru saya ajar mengaji.

“Ya Allah… sebab kalau bab nyanyian tahu pula saya nak menyanyi sedap-sedap. Buat Sepahtu Reunion tau pula menyanyi, mendayu-dayu.

“Kalau dulu menyanyi lagu duet dengan arw4h isteri, buat rehearsal betul-betul bagai nak rak. Tapi apabila mengaji tak reti… rasa teruk sangat,” katanya.

Dalam pada itu Shuib berkata dia juga akan cuba mendidik anak-anak menjadi generasi yang celik al-Quran.

shuib bapa

Shuib kini bergelar bapa tunggal kepada empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan.

“Saya harap boleh istiqamah dengan anak-anak (belajar al-Quran). Sebelum ni saya tak pernah cakap pun dengan anak-anak.

“Saya panggil mereka duduk depan saya. Saya tanya apa cita-cita mereka. Saya kata tak kisah apa pun cita-cita mereka asalkan pegangan kita ialah al-Quran.

“Itu yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat,” katanya.

Shuib kini bergelar bapa tunggal selepas isterinya Siti Sarah meninggal dunia pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akib4t Cov1d-19 pada 9 Ogos lalu.

Untuk rekod, Shuib dan arw4h Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dikeluarkan daripada kandungan secara pembed4han pada 6 Ogos lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "[VIDEO] Pemerg1an Siti Sarah jadi asbab Shuib belajar mengaji al-Quran – “Kalau bab nyanyian tahu pula nak menyanyi sedap-sedap”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*