Terkejut dapat mesej Ummi Nazeera nak bagi hadiah telefon, tapi ramai ragu-ragu – “Kalau terus an1aya orang, saya buat laporan polis!”

JADI umpan sindiket pen1puan atau sc4mmer, pelakon Ummi Nazeera meminta pengikut laman sosialnya tidak mudah terpedaya dengan taktik yang menggunakan namanya untuk tujuan berkenaan.

Berkongsi mengenai perkara itu, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin berkata dia sudah menyedari tentang sind1ket sejak beberapa bulan lalu selepas dimaklumkan oleh beberapa peminatnya yang meminta kepastian.

Kata Ummi, sc4mmer terbabit cuba menawarkan telefon jenama terkenal secara percuma dengan syarat tertentu.

Ummi 1

Ummi turut berkongsi paparan skrin pengikutnya yang bertanyakan kesahihan mesej itu.

“Sebenarnya dah beberapa bulan benda ini berterusan. Tak tahu berapa ramai sc4mmer dah gunakan nama saya untuk modus operandi mereka.

“Saya dapat tahu benda ini pun daripada pengikut saya di laman sosial. Mereka mesej bertanyakan kesahihan betul atau tidak.

Sc4mmer itu pula tawarkan telefon berjenama secara percuma, siapa tak nak. Tapi Alhamdulillah, belum ada yang mesej saya kata kena t1pu,” katanya kepada mStar.

Buat masa sekarang, saya belum terfikir nak ambil tindakan.

UMMI NAZEERA

PELAKON

Terdahulu Ummi, 31, memuat naik paparan skrin mesej sc4mmer kononnya ingin memberi telefon berjenama secara percuma kepada m4ngsa dengan menggunakan nama aktres itu sebagai umpan.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Korban Kasih ini memberitahu sc4mmer itu juga meminta m4ngsa untuk memberikan butiran peribadi mereka.

Ummi 2

Ummi akan ambil tindakan sekiranya pihak tersebut berterusan mengan1aya orang lain.

Ummi menegaskan dia akan membuat laporan polis terhadap pihak yang mengambil kesempatan itu sekiranya perkara itu masih berterusan.

“Difahamkan, sc4mmer itu juga meminta butiran peribadi kepada m4ngsa dengan menggunakan nama saya. Buat masa sekarang, saya belum terfikir nak ambil tindakan.

“Tapi kalau mereka berterusan nak an1aya orang dalam keadaan rakyat sedang dalam kesusahan, saya akan buat laporan polis!” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Terkejut dapat mesej Ummi Nazeera nak bagi hadiah telefon, tapi ramai ragu-ragu – “Kalau terus an1aya orang, saya buat laporan polis!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*