“Ya Allah, baiknya…” – [VIDEO] Wanita Menangis Dalam Tren, Tindakan Krew Ini Buat Ramai Respek!

Kematian itu satu kepastian dan kemestian tidak kira di mana seseorang berada atau dalam keadaan apa sekalipun. Setiap orang pasti akan merasa kem4tian dan merasa perpisahan dengan orang yang tersayang.

Sama dengan kisah kalini, dalam perkongsian @ichsan_oe, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya di mana seorang wanita sedang meratapi pemerg1an anak lelakinya sambil dibantu oleh krew tren.

“Sedihnya…”

Dalam video tersebut, Ichsan yang merupakan salah seorang ketua krew tren di Indonesia bersama krew yang lain sedang meredakan kesedihan wanita yang baru kehilangan anak lelakinya itu.

Difahamkan wanita tersebut sudahpun menangis semasa masuk tren dan terus duduk di tempat duduk penumpang sambil menelefon seseorang. Selepas dapat tahu berita tersebut, mereka menghampiri wanita itu lalu menawarkan tempat duduk di ruangan krew kabin yang lebih privacy.

@ichsan_oe

Kehilangan Buah Hati 😭😭 #Story #on #Train #KeretaApi

♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

“Servis terbaik”

Mereka juga memberi perkhidmatan yang terbaik dengan menghidangkan air pada wanita tersebut dan memberikan tempat duduk lain pada penumpang yang akan duduk di sebelah wanita itu bagi menghorm4ti situasi wanita tersebut. Servis tiptop!

Video yang berdurasi hampir seminit itu telah menarik lebih daripada lima juta tontonan di Tiktok. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen yang menonton video tersebut memuji cara para krew tren melayan penumpang.

Ichsan juga mengucapkan takziah dan berharap wanita itu terus bersabar kerana dia tahu bagaimana rasa kehilangan orang yang tersayang juga.

Semoga urusan krew tren tersebut dipermudahkan dan dilindungi oleh-Nya, salut!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Ya Allah, baiknya…” – [VIDEO] Wanita Menangis Dalam Tren, Tindakan Krew Ini Buat Ramai Respek!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*