Ibu ditidurkan, anak ambil alih tugas jaga bapa… baru kini faham erti pengorbanan seorang isteri – “Abah susah nak menangis”

TIGA tahun sering ditemani isteri di sisi lebih-lebih lagi selepas ditimpa kemal4ngan jalan raya, hidup seorang warga emas bagaikan ‘kosong’ selepas insan kesayangannya itu kini terpaksa dimasukkan ke hospital kerana dij4ngkiti Cov1d-19.

Videonya yang tidak dapat menahan tangis selepas mendapat perkhabaran bahawa isterinya terpaksa ditidurkan, benar-benar menyentuh hati netizen.

Sehingga kini, video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu meraih melebihi 214,000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Ain Azhar yang memuat naik video tersebut berkata, bapanya seolah-olah kehilangan tempat bergantung sejak ibunya dimasukkan ke hospital lebih seminggu yang lalu.

Menurut wanita berusia 21 tahun ini, ibunya disahkan pos1tif Cov1d-19 selepas mengalami dem4m selama lapan hari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Selepas ibu saya mendapatkan sunt1kan vaks1n lebih seminggu lalu, dia rasa tak sedap badan pada sebelah petangnya dan lenguh-lenguh tangan. Pada malam hari yang sama dia terus dem4m.

“Ibu saya fikir dem4m biasa sebab kesan sampingan sunt1kan vaks1n sebab ramai yang ada simpt0m macam tu. Kami adik beradik ada menyuruh ibu pergi klinik, tapi ibu menolak sebab dia rasa dem4m biasa saja.

“Nak dijadikan cerita, hari kelapan ibu demam, malam tu dia ses4k nafas. Kami call ambulans tapi mereka maklumkan agak lambat tiba sebab ada beberapa kes kena bawa ke hospital.

“Akhirnya abang saya yang bawa ibu ke hospital sebab kami dah bimbang takut apa-apa berlaku. Esoknya, doktor sahkan ujian saringan Cov1d-19 ibu positif,” ujarnya yang berasal dari Kampung Bakar Batu, Johor Bahru.

ibu koma 1

Nurul Ain, bapa dan adik beradiknya sempat membuat panggilan video dengan ibu mereka sebelum ditidurkan

Nurul Ain berkata, susulan keputusan tersebut, mereka sekeluarga terpaksa dikuarantin dan perlu menjalani ujian saringan di mana suaminya turut disahkan pos1tif Cov1d-19.

“Bagai bertimpa-timpa ujian yang datang dalam satu masa. Ibu dah dimasukkan ke hospital, sayalah yang ambil tanggungjawab menjaga abah ketika ini memandangkan adik beradik lain tinggal berjauhan.

“Hati saya ‘sesak’ apabila memikirkan banyak perkara… mana tidaknya, ibu sedang diraw4t di hospital, suami terpaksa kuarantin berasingan di rumah kami manakala saya di rumah abah untuk menjaganya.

“Sepanjang saya di sini menjaga abah, saya ibarat ‘ibu’ juga, kena sediakan makanan dan keperluan abah sebab dia kini berkerusi roda. Baru saya faham macam mana pengorbanan dan tanggungjawab ibu apabila berada di ‘tempatnya’ kini,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Bagai bertimpa-timpa ujian yang datang dalam satu masa. Ibu dah dimasukkan ke hospital, sayalah yang ambil tanggungjawab menjaga abah ketika ini.

NURUL AIN AZHAR

Nurul Ain yang juga anak bongsu daripada lima adik beradik berkata, kini ujian yang menimpa dirasakan makin berganda apabila baru menerima perkhabaran yang ibunya terpaksa ditidurkan kerana keadaan kesihatannya semakin mer0sot.

“Saya rasa berat sangat apa yang dilalui ketika ini lebih-lebih lagi melihat keadaan abah yang tak boleh tahan tangis setiap kali teringatkan ibu.

“Mula-mula abah masih okay sebab selalu dapat berhubung terus dengan ibu melalui WhatsApp untuk bertanya khabar. Tapi keadaan ibu makin mer0sot apabila dia dah tak larat nak taip mesej atau bercakap.

“Dua hari lalu pula kami dapat khabar dari doktor bahawa ibu terpaksa ditidurkan kerana p4ru-p4runya lemah. Ada pendar4han sikit dengan j4ngkitan kum4n. Sejak dapat khabar tu, abah kerap sangat menangis lebih-lebih lagi bila saudara mara tanya khabar ibu.

“Abah ni orangnya susah nak mengalirkan air mata, tapi sekarang nampak dia tak boleh hadapi bila ibu tiada di sisi,” ujarnya yang menjalankan perniagaan secara dalam talian (online).

ibu koma 2

Nurul Ain (tiga, kiri) bersama ibu bapa dan adik beradiknya.

Nurul Ain berkata, dia dan keluarga pada mulanya berat hati untuk memberi persetujuan agar ibunya ditidurkan namun akhirnya pasrah dan mengharapkan agar pasukan perub4tan dapat melakukan yang terbaik.

“Dalam WhatsApp, ibu beritahu dia dah tak tahan kerana terpaksa bergantung kepada oks1gen. Dia kata dia dah tak kuat. Dalam keberatan, kami pasrah dan hanya berfikir yang baik-baik.

“Sedih sangat rasanya ketika kami sekeluarga diberi kesempatan berhubung menerusi panggilan video sebelum ibu ditidurkan.

“Saya tak sangka ramai sangat yang mendoakan ibu dan abah juga selepas video yang saya upload di TikTok viral. Saya mohon kepada semua, doakanlah ibu saya moga cepat sedar dan sihat seperti biasa,” katanya mengakhiri bicara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Ibu ditidurkan, anak ambil alih tugas jaga bapa… baru kini faham erti pengorbanan seorang isteri – “Abah susah nak menangis”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*