Tenang layan nasi lemak walau angin kencang, pokok tumbang, payung terbang… video edit atau memang pemuda ni jenis ‘tak ada perasaan’?

INGATKAH anda pada satu video yang pernah viral sekitar tiga tahun lalu di mana seorang pemuda selamba menikm4ti sepinggan nasi lemak di kedai makan tanpa menghiraukan angin kencang yang sedang melanda?

Bukan sahaja viral dalam kalangan warganet di Malaysia, malah ia turut dikongsikan oleh pelbagai platform media sosial luar negara termasuk Indonesia, Singapura dan Amerika Syarikat sehingga kini!

Ketika TikTok dilanda trend ‘venom challenge’ waktu ini, video ini sekali lagi menjadi tular sehingga meraih lebih 2.2 juta jumlah tontonan!

Menyingkap kembali ins1den lucu yang berlaku pada 2018 itu, pemuda bernama Mohd Akram Mat Jusoh berkata ketika itu dia bersama dua rakan sedang menikm4ti hidangan di salah sebuah kedai makan kegemarannya di kampung.

“Ketika itu saya sedang habiskan cuti semester di kampung saya, Kampung Bukit Merbau, Selising, Kelantan. Kedai makan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah saya kiranya port wajib melepak dengan kawan-kawan sebab makanannya sedap.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Masa kami sedang makan dekat kedai tu sebelah petang, hujan biasa-biasa saja. Tapi semakin lama, semakin lebat pula siap dengan angin kencang.

“Saya saja suruh kawan rakam, tapi kebetulan masa dia rakam, pokok dekat belakang tu tumbang… payung pun terbang. Saya sempat menoleh sebab bunyinya kuat juga, tapi sebab lokasi kami dalam kedai selamat, kami teruskan makan macam tiada apa yang berlaku.

“Ramai syak saya edit tapi sebenarnya walaupun kami duduk di bahagian depan kedai, angin kencang tu menghala ke arah lain. Kami sekadar terkena tempias air hujan sikit-sikit,” ujarnya kepada mStar.

akram baru 2

Mohd Akram dan dua rakannya sering berkunjung ke kedai makan yang terletak tidak jauh dari rumahnya di Selising, Kelantan.

Pemuda berusia 24 tahun ini berkata, mereka terpaksa menunggu lebih dari sejam di dalam kedai sehingga angin kencang dan hujan lebat reda, sebelum pulang ke rumah masing-masing.

“Masa rakam, kawan saya pun tak berapa perasan pokok tumbang sebab spontan. Bila tengok semula, baru nampak.

“Saya saja-saja post masa tu sebab video tu lucu. Iyalah, nampak saya utamakan makanan dan seperti tak ada perasaan sedangkan dekat luar angin kencang.

akram baru 1

Pemuda ini menjadi ‘terkenal’ secara tiba-tiba gara-gara video tular berkenaan.

“Saya bukan tak cuak tapi masa tu musim tengkujuh… jadi fenomena tu normal bagi kami di pantai timur,” ujar lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Petani, Kedah ini.

Mohd Akram berkata, selepas video tersebut tular kali pertama, dia kerap menjadi bahan usikan rakan-rakan sekuliah dan orang sekeliling yang mengenalinya.

“Malah, kedai makan tu pun secara tak langsung menjadi tumpuan pula selepas itu. Siap tuan kedai dia kata, saya ni seperti duta kedainya pula,” ujarnya yang kini bekerja sementara di sebuah resort di Terengganu.

Saya sempat menoleh sebab bunyinya kuat juga, tapi sebab lokasi kami dalam kedai selamat, kami teruskan makan macam tiada apa yang berlaku.

MOHD AKRAM MAT JUSOH

Sekadar suka-suka memuat naik kembali video tersebut sebagai menyahut ‘venom challenge’ di TikTok, Mohd Akram berkata dia sama sekali tidak menyangka ia meraih jumlah tontonan yang tinggi meskipun ia video lama yang pernah dikongsikan sebelum ini.

“Panas telefon saya sebab notifikasi tak henti-henti masuk. Ramai juga yang dah ‘familiar’ dengan video tersebut dan kali ini saya saja upload lagi sekali. Kebanyakan komen netizen memang lucu dan saya sendiri terhibur membacanya.

akram baru 3

Mohd Akram (kiri) merupakan graduan Sains Pentadbiran dari UiTM.

“Ada yang kata saya ni tak ada perasaan, nanti isteri membebel pun buat tak tahu. Ada yang kata saya cerminan sifat lelaki yang cool… tenang is good dan macam-macam lagi.

“Tapi yang paling tak sangka, sepanjang saya kerja di resort ini hampir enam bulan, ada yang pandang-pandang. Mereka siap tegur sebab cam wajah saya,” katanya sambil berseloroh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Tenang layan nasi lemak walau angin kencang, pokok tumbang, payung terbang… video edit atau memang pemuda ni jenis ‘tak ada perasaan’?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*