Beto Kusyairy masih ‘cu4k’ nak kerja – “Kena berdamai dengan v1rus ini… saya tak reti buat benda lain”

KES jangkitan c0v1d-19 yang masih tinggi dalam negara sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan kepada pelakon Beto Kusyairy yang perlu kembali ke set penggambaran untuk bekerja.

Beto, 41, bagaimanapun berkata dia terpaksa keluar mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup dan membiasakan diri dengan kewujudan v1rus c0v1d-19.

“Sejujurnya kerisauan itu tetap ada… tapi nak tak nak kita kena biasakan diri dengan situasi sekarang yang v1rus ni tak akan pergi mana-mana.

“Kita kena hidup dengan v1rus ini tapi dalam masa sama siapkan diri kita, berjaga-jaga dan berdisiplin ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mengelakkan diri daripada jangkitan.

“Nak tak nak inilah kerjaya kami, saya sendiri tak reti nak buat benda lain, ini sahaja yang saya tahu buat dan mampu buat. Jadi mahu tak mahu kita kena berdamai dengan v1rus ini,” katanya kepada mStar.

Beto Kusyairy terpaksa akur hidup dengan v1rus c0v1d-19.

Beto ditemui semasa sidang media drama terbaharu, Penghulu Interim yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Memikirkan soal kesihatan dan keselamatan keluarga, Beto berkata dia memilih untuk bekerja dengan produksi yang mengutamakan SOP termasuklah pengambilan vaks1n c0v1d-i9.

Saya mempunyai orang tua dan anak-anak kecil di rumah jadi lebih baik mencegah daripada mengub4ti!

BETO KUSYAIRY

PELAKON

“Saya mempunyai orang tua dan anak-anak kecil di rumah jadi lebih baik mencegah daripada mengub4ti. Itulah yang saya lakukan selagi saya termampu.

“Individu ant1v4ksin harus sedar, mereka bekerja dalam kelompok yang ramai jadi jika tidak percaya dengan sesuatu, jangan sampai menyusahkan orang lain. Apabila menjadi pembawa, kita akan membabitkan orang lain.

beto 2

Beto bersama Nadiya Nisaa dalam drama Penghulu Interim.

“Individu sudah lengkap vaks1n tetap boleh dijangkiti dan apabila pulang ke rumah, (boleh) berj4ngkit pula pada keluarga. Puncanya sebab individu ant1v4ksin yang mementingkan diri. Bagi saya, perkara ini tidak adil,” katanya.

Bercakap mengenai drama Penghulu Interim, Beto membawakan watak Borhan yang dilantik memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK).

Drama arahan Jamal Khan itu bersiaran di sebuah saluran TV swasta sejak 31 Julai lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Beto Kusyairy masih ‘cu4k’ nak kerja – “Kena berdamai dengan v1rus ini… saya tak reti buat benda lain”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*