[VIDEO] Comel! Anak Darjah 2 Reka ‘Love Story’ Ibu Ayah, Buat Netizen Terhibur

Setiap kanak-kanak yang nak membesar, mesti akan ada sesetengah perkara itu kita tak terbayang pun mereka akan lakukan. Semakin pantas dia membesar, semakin banyak imaginasi mereka untuk meneroka lebih lagi.

Lebih kurang macam kisah inilah, di mana seorang anak yang baru masuk ke sekolah rendah dah mempunyai minat dan bayangan yang kuat untuk menulis sebuah cerita.

“Mama ayah kahwin” 

Sejak beberapa hari yang lalu, sebuah perkongsian video yang dimuat naik oleh @Iman Talib mengenai ‘karangan’ cerita cinta ditulis oleh anaknya yang kini berusia 8 tahun.

Menerusi video tersebut, ayahnya sempat membuat review terhadap kisah bertajuk ‘Mama Papa Kahwin’ hasil nukilan anak perempuannya itu.

Secara amnya, anaknya memilih tema dinosaur sebagai karakter yang menceritakan kisah pertemuan ibu bapanya dari zaman sekolah.

Selepas itu juga, dia turut bercerita bahawa ibu bapanya itu bersekolah bersama namun tidak ditakdirkan untuk bekerja bersama-sama.

Bukan itu saja, kemudiannya si anak turut memberitahu kisah ibu bapanya yang bercinta sehinggalah masuk ke alam perkahwinan dan mempunyai cahaya mata sekarang.

Penceritaan yang ditulis oleh kanak-kanak yang kini berada di darjah 2 itu nyata menarik perhatian ramai, dan sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih dari 288k views di TikTok.

@iman.talib

Book review karangan budak darjah dua

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

“Anak bijak ni. Darjah 2 dah pandai berimaginasi”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen yang melihat video itu terhibur dengan penceritaan kanak-kanak tersebut. Ramai yang tak menyangka bahawa dia mampu menulis, dan mempunyai bayangan penceritaan yang sebesar ini .

Selain itu juga, ada yang menyifatkan anak kecil itu sebagai comel selepas melihat kepada ayat yang digunakan sewaktu menulis kisah cinta ibu ayahnya itu.

Hebat betul! Anak sekolah rendah zaman sekarang pun dah pandai reka cerita macam ni. Min kecil-kecil dulu pandai main dengan patung Ultraman saja. Siapa macam min baik mengaku.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://lobakmerah.com/

Be the first to comment on "[VIDEO] Comel! Anak Darjah 2 Reka ‘Love Story’ Ibu Ayah, Buat Netizen Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*