Isteri Alam Wakaka buat ‘surprise’ hari jadi ke-35, sangka ada lipas tapi rupa-rupanya kit ujian kehamilan – “Mereka suruh buka kotak, saya ingat pr4nk”

SAMBUTAN ulang tahun kelahiran ke-35 pelakon dan penari Alam Wakaka cukup bermakna apabila dia menerima kejvtan isterinya, Nurul Alisya Najwa Hazman yang kini hamil anak sulung mereka.

Menurut Alam atau nama sebenar Haslam Abdul Rahman, dia tidak menyangka akan menerima ‘hadiah’ istimewa itu semasa majlis hari jadi yang diadakan bersama keluarga pada malam Selasa.

Lebih membuatkan dia terharu, apabila isteri dan keluarga merahsiakan mengenai berita gembira itu.

“Rupa-rupanya sudah beberapa hari isteri, kakak ipar dan ibu mentua berpakat merahsiakan hal ini sampailah malam sambutan hari jadi… saya tak tahu langsung tentang kejutan ini!

“Semasa mereka suruh buka kotak hadiah, saya ingat mereka nak prank letak lipas dalam tu… tapi tak sangka ada baju baby dan alat ujian kehamilan.

alam wakaka 1

Momen semasa Alam mengetahui isterinya hamil.

“Memang terkejut sangat sampai saya hilang kata-kata, terasa macam nak pengsan… Alhamdulillah ini adalah hadiah paling bermakna sepanjang 35 tahun saya di dunia,” katanya kepada mStar.

Alam dan Najwa, 20, mendirikan rumah tangga di Pejabat Agama Segamat, Johor pada 7 Mac lalu.

Tentang jantina saya tak kisah, lelaki atau perempuan kami terima sahaja.

ALAM WAKAKA

PENARI/ PELAKON

Sementara itu, Alam memberitahu isterinya yang kini hamil sebulan tidak pernah menunjukkan sebarang s1mptom ibu mengandung.

“Selama ini memang saya tak sedar tanda isteri hamil, ada la sesekali dia muntah-muntah tapi saya fikir itu perkara biasa kerana salah makan.

alam 3

Alam luah syukur di Instagram.

“Minggu lepas dia dan ibu mentua pergi buat pemeriksaan doktor tanpa pengetahuan saya… mereka simpan rahsia sebab sudah merancang nak buat kejvtan sempena birthday saya.

“Syukur kesihatan isteri baik-baik sahaja. Rasa macam mimpi, bangun tidur pagi ini saya terus tanya isteri dulu apa yang diperlukan sebab dah tahu dia hamil,” ujarnya.

alam 2

Enam bulan berkahwin, Alam dan isteri tak pernah tertekan memikirkan soal anak.

Ditanya mengenai jantina anak, Alam berkata dia tidak kisah dan menerima apa jua rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

“Tentang jantina saya tak kisah. Lelaki atau perempuan kami terima sahaja.

“Kandungan isteri pun masih baharu, jadi penjagaan itu lebih penting. Saya dan isteri pun sebelum ini tak pernah terlalu memikirkan tentang zuriat, kami selalu fikir kalau ada rezeki, ada la…

“Syukur Alhamdulillah rezeki isteri hamil selepas beberapa bulan kami berkahwin. Doakan semoga isteri dan anak saya terus sihat sehingga hari kelahiran ya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Isteri Alam Wakaka buat ‘surprise’ hari jadi ke-35, sangka ada lipas tapi rupa-rupanya kit ujian kehamilan – “Mereka suruh buka kotak, saya ingat pr4nk”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*