Hitung Hari Lahir Anak Ketiga, Izreen Azminda Tiada Pilihan Perlu Bersalin Secara Pembed4han Kerana…

Pelakon Izreen Azminda memaklumkan dia tiada pilihan lain apabila terpaksa melahirkan anak ketiga secara pembed4han caesarean selepas melahirkan kedua anaknya sebelum ini menerusi kaedah sama.

Menurut Izreen, 36, menerusi Kosmo!, dia dijangka melahirkan anak ketiga sekitar minggu ini atau minggu hadapan dan perkara tersebut telah diberitahu awal oleh doktor.

“Anak pertama dilahirkan secara pembed4han, jika diikutkan saya mahu lahirkan bayi kedua secara normal. Namun, disebabkan kedudukannya melintang, saya tiada pilihan selain perlu dibed4h.

“Oleh sebab itu, saya juga tiada pilihan untuk anak ketiga ini. Mahu atau tidak, doktor memberitahu, saya perlu melahirkan anak secara pembed4han juga,” kata Izreen seperti yang dipetik.

Mengakui bimbang kerana bakal melahirkan anak dalam musim pandemik c0v1d-19, Izreen mendisiplinkan dirinya untuk tidak keluar dari rumah selain menjalani pemeriksaan kandungan bulanan di sebuah hospital swasta.

Dia sedar akan ris1ko lebih tinggi terhadap wanita hamil.

“Memang takut dan bimbang, cuma saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Ibu mengandung emosinya mudah terganggu dan akan membuatkan saya tidak senang duduk.

“Jadi, cara terbaik adalah fokus pada kesihatan diri dan proses bersalin sahaja. Walaupun sudah cukup dua dos vaks1n, saya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Saya memang langsung tidak keluar rumah kecuali ke hospital untuk pemeriksaan bulanan. Jika terlalu bosan atau teringin sangat keluar rumah suami akan bawa berjalan-jalan pusing-pusing dalam kereta sahaja,” katanya.

“Bersalin ketika musim c0v1d-19 memang agak sukar, namun semua SOP yang dibuat adalah untuk memastikan kesihatan pes4kit terjamin.

“Saya akan ditemani suami ketika bersalin dan dia perlu menjalani ujian calitan dua hari sebelum pembed4han dijalankan. Begitu juga dengan ibu mertua yang akan menjaga saya sepanjang di raw4t di hospital.

“Suami perlu tetap pulang ke rumah kerana anak kedua, Aaron masih kecil dan tidak mahu dengan orang lain,” katanya lagi.

Menyentuh mengenai jantina anak ketiga yang bakal lahir tidak lama lagi, Izreen bagaimanapun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu.

“Soal jantina anak tunggulah selepas dilahirkan kelak. Saya dan suami sudah tahu, cuma untuk orang lain tunggulah selepas saya bersalin,” kata Izreen.

Sumber, Foto: Kosmo! Online, Instagram Izreen Azminda

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : MH

Be the first to comment on "Hitung Hari Lahir Anak Ketiga, Izreen Azminda Tiada Pilihan Perlu Bersalin Secara Pembed4han Kerana…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*