[VIDEO] Member Cakap Lagi Semeter Nak Sampai, Gelagat Gadis Ni ‘Give Up’ Hiking Buat Ramai Terhibur

Sejak kerajaan dah beri kebenaran untuk sesiapa yang dah lengkap vaks1nasi lakukan aktiviti rekreasi, ramai yang ambil kesempatan untuk pergi hiking bersama ahli keluarga malah kawan-kawan sendiri.

Pengalaman ini ingin diambil oleh ramai rakyat Malaysia, yang mahukan udara segar selepas berapa lama terpaksa berkurung di rumah akib4t Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tak percaya cakap kawan

Terbaru, sebuah video yang menunjukkan sekumpulan gadis sedang hiking di Sungai Long Hill, Kajang, Selangor mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @nainossss, menunjukkan salah seorang kawannya ini seakan tak larat untuk teruskan perjalanan mereka mendaki bukit tersebut. Rakan-rakannya yang lain cuba memujuk dia dan memberi semangat untuk sampai ke destinasi mereka.

Namun dia tetap berkeras dengan pendiriannya, bahawa kawan-kawan yang lain men1pu mengatakan bahawa mereka dah nak sampai ke destinasi dituju.

Tak mengalah untuk memujuk dia, kawan yang lain siap bagi anggaran berapa jauh perjalanan mereka. Tetapi gadis berbaju belang biru hitam itu terus balas, bahawa kawannya men1pu sebab anggarannya kedengaran meng4rut. Dia turut memberitahu bahawa dia bekerja di sebuah gedung kain dan tahu tentang nilai ukuran.

“Semeter panjang ni je tau, 

“Aku kerja ukur-ukur kain, semeter panjang ni. Satu point lima meter panjang ni je.” katanya dengan tegas.

Posting video yang dimuat naik kurang dari 24 jam tersebut menjadi perhatian ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 1.1 juta tontonan di TikTok.

@nainossss

membe jarang tak lawak. 🤣

♬ original sound – Nynaaaaaaaaaa🌸 – Nynaaaaaaaaaa🌸

“Bagus lah member dia. Support utk kesihatan”

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan ragam yang ditunjukkan oleh gadis tersebut. Ada yang memuji tindakan rakan-rakannya memberi sokongan kepada gadis tersebut untuk sampai ke destinasi dituju.

Selain tu juga, ada yang dah nampak seperti kawannya itu begitu pasrah nak teruskan perjalanan mereka.

 

Ini memang contoh kawan sejati. Nasib baik kawan-kawan dia tak pancing benda pelik dekat kawan dia tu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "[VIDEO] Member Cakap Lagi Semeter Nak Sampai, Gelagat Gadis Ni ‘Give Up’ Hiking Buat Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*