Peniaga rindu nak berniaga di pasar, jual online serba tak kena… TikTok kena sekat, pelanggan pula main-main – “Nak simpan duit sambut baby”

ADA hari untung, ada hari rugi.

Begitulah lumrah yang dilalui setiap peniaga dalam usaha mereka untuk mencari rezeki.

Menurut peniaga baju, Che Kamaruddin Che Pa, 30, dia juga berdepan dengan cabaran getir sehingga terduduk memikirkan nasib diri dan keluarga.

Kata bapa kepada tiga cahaya mata itu, dia sudah 10 tahun berniaga pakaian di pasar, namun segalanya berubah sejak pandemik c0v1d-19 melanda lebih setahun lalu.

“Dulu saya berniaga di pasar dalam 10 tahun. Saya berniaga di pasar pagi, pasar malam, ekspo dan macam-macam lagi. Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya berniaga secara online.

“Saya buat live dalam Facebook. Sekejap jadi, sekejap tidak. Ada orang report kepada Facebook. Kemudian saya buat live dalam TikTok, akaun saya kena sekat selama tiga hari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya tak tahu masalah apa sehingga TikTok kena sekat. Sewaktu tengah berniaga live, tiba-tiba ia terpadam. Saya jadi takut untuk buat live selepas ini, risau akaun TikTok disekat lagi,” ujarnya kepada mStar.

Selain kekangan itu, Che Kamaruddin juga turut berhadapan dengan sikap segelintir pelanggan yang tidak serius untuk membeli sehingga menyusahkan dirinya.

Menurut anak kelahiran Kelantan itu, dia sedih apabila diperlakukan sedemikian, namun menganggap ia sebagai satu cabaran yang terpaksa ditempuhi demi mencari sesuap nasi.

che kamaruddin 2

Che Kamaruddin bersama isteri dan tiga anak mereka.

“Ada yang WhatsApp kata nak baju, bila saya dah siap packing dalam plastik, mereka buat senyap dan tak bayar sampai ke sudah. Ada yang tak balas WhatsApp, ada yang block saya terus.

“Macam dia main-main. Saya sedih dan kecewa kerana penat sangat. Ada barang yang saya dah bungkus, terpaksa buka balik sebab pelanggan buat senyap tak nak bayar.

“Kalau tak nak, tak jadi masalah. Maklumkan awal-awal. Kadang-kadang mereka nak mainkan kita. Tapi saya maafkan, saya anggap ia bukan rezeki saya bila mereka kh1anat macam tu.

Alhamdulillah, rezeki cahaya mata. Saya berniaga nak simpan duit untuk sambut baby tak lama lagi.

CHE KAMARUDDIN

“Saya minta, kalau boleh jangan main-main. Saya pun tiada pekerja. Saya berniaga secara live sambil dibantu isteri dan anak,” ujarnya yang kini menetap di Taiping, Perak.

Menurut Che Kamaruddin lagi, dia rindu suasana berniaga di pasar seperti zaman sebelum pandemik dan berharap semuanya kembali pulih tidak lama lagi.

Tambahnya lagi, dia juga kuat meneruskan perniagaan biarpun dilanda dugaan demi anak-anak serta isteri yang kini sarat hamil tujuh bulan.

“Kalau nanti dah boleh buka pasar dan berniaga macam dulu, saya akan teruskan juga jual secara online. Walau apa pun dugaan live, saya tetap bersemangat demi anak.

che kamaruiddin3

Antara pakaian yang dijual menerusi siaran live.

“Selain tiga anak, isteri saya kini sedang hamil tujuh bulan. Alhamdulillah, rezeki cahaya mata. Saya berniaga nak simpan duit untuk sambut baby tak lama lagi,” ujarnya yang pernah berniaga ikan di tepi jalan pada tahun lepas.

Menurut Che Kamaruddin lagi, dia juga menyimpan hasrat untuk menjadi usahawan berjaya dan mahu membantu golongan susah di luar sana.

“Saya cuma nak teruskan hidup dan mahu perniagaan terus maju. Bila dah kaya, saya juga nak tolong orang susah. Sesiapa yang beri semangat, saya tak pernah lupa.

“Saya cuma nak jaga orang tua, nak jaga anak-anak. Biar orang buat kita, tapi Allah tetap akan beri rezeki, InsyaAllah,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber :  mStar

Be the first to comment on "Peniaga rindu nak berniaga di pasar, jual online serba tak kena… TikTok kena sekat, pelanggan pula main-main – “Nak simpan duit sambut baby”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*