“Macam Menunggu Jodoh Yang Tak Kunjung Tiba…”- Penantian Farahdhiya Berakhir

Pelakon Farahdhiya berkongsi rasa gembira kerana berjaya khatam al-Quran semalam. Manis bertudung, Farahdhiya, 37, juga lega apabila dalam pada masa sama telah genap 14 hari mendapat vaks1nasi lengkap Cov1d-19.

“Alhamdulillah. Hari ini (semalam) hati berbunga-bunga. Pertamanya sebab dapat khatam al-Quran dan pada masa sama cukup 14 hari selepas disvntik d0s kedua vaks1n AstraZeneca.

Saya telah divaks1nasi penuh,” katanya. Penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati itu berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu Farahdhiya sempat berseloroh dengan mengibaratkan menunggu untuk mendapatkan dos kedua vaks1n AstraZeneca umpama menunggu jodoh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd)

“Menunggu d0s kedua vaks1n AstraZeneca macam menunggu jodoh yang tidak kunjung tiba. Lama sangat!” tulisnya.

Sementara itu, Farah yang juga pelakon itu turut memaklumkan sebelum ini dia mengambil masa untuk berehat dari media sosial.

“Alhamdulillah. Saya dapat rehat yang baik dan kini saya kembali!” beritahunya.

KomenNetizen:

Paling yang membuatnya teruja adalah untuk kembali berlakon selepas Perintah Kawalan Pergerakan fasa tiga (PKP 3.0) yang dilaksanakan kerajaan sejak Mei lalu.

“Paling tidak sabar untuk kembali bekerja. Nantikan projek terbaharu saya yang akan datang. Jaga diri semua,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Macam Menunggu Jodoh Yang Tak Kunjung Tiba…”- Penantian Farahdhiya Berakhir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*