Nak nampak gag4h macam pahlawan siap bertanjak, ‘prap’ seluar terk0yak masa shooting video – “Saya sangat malu…”

“SEMUA orang boleh dengar bunyi seluar terk0yak,” itulah komen seorang pemuda berhubung satu ins1den lucu membabitkan dirinya yang sempat dirakam.

Rakaman itu dibuat oleh abangnya tetapi dimuat naik sendiri oleh pemuda berkenaan yang menunjukkan dia begitu bersemangat beraksi seperti seorang pahlawan Melayu sehingga seluarnya yang dipakainya terk0yak.

Video tersebut setakat ini meraih sebanyak 240,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita kepada mStar, Mohamad Hairril Nasri, 26, berkata, ‘adegan’ itu yang turut melibatkan beberapa jirannya dirakam secara tidak sengaja oleh abangnya, Mohamad Hafeez Nasri, 30 pada 31 Ogos lalu.

Ketika itu dia memakai tanjak, berbaju Melayu dan bercermin mata hitam sambil jiran-jirannya memegang Jalur Gemilang bagi menyertai pertandingan video sempena Hari Kemerdekaan anjuran Parlimen Ayer Hitam, Johor.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Hairril, dia hanya mengikut arahan juruvideo yang juga abangnya yang memintanya mengulang pergerakan membuka kuda-kuda pencak silat sehinggah seluarnya terk0yak ketika melakukannya pada rakaman kali keenam.

“Seluar yang saya pakai tu agak ketat dan abang minta saya ulang pergerakan yang lebih mantap serta kuda-kuda lebih rendah. Saya pun ikut saja permintaannya tak sangka seluar sampai terk0yak.

Aerril berasa sangat malu ketika seluarnya terkoyak sewaktu rakaman video dilakukan.

“Saya sendiri terkejut dan rasa sangat malu. Semua orang boleh dengar bunyi seluar k0yak sebab suasana pada waktu itu agak senyap… semua tengah fokus proses rakaman.

“Sebaik sahaja mereka dengar bunyi koyak, semua terus pandang saya dan saya cepat-cepat tutup bahagian tu sebab malu. Dalam masa sama saya pun tergelak sekali dan terus berlari ke rumah untuk tukar seluar lain,” katanya yang menetap di Batu Pahat, Johor.

Mesra disapa Hairril, dia berkata, seluarnya terk0yak agak teruk melibatkan bahagian depan dan belakang.

“Mereka gelak besar dan tengok ulang tayang video banyak kali sementara tunggu saya datang semula. Tak pasti mengapa seluar itu boleh terkoyak, mungkin sebab terlalu ketat.

“Koyaknya agak besar juga sebenarnya, sebab tu saya cepat-cepat ‘cover’. Nasib baiklah abang tak sempat rakam ‘scene’ waktu saya berlari pulang,” katanya.

Pada mulanya saya rasa malu dan ingin memadam video tersebut.

MOHAMMAD HAIRRIL NASRI

Bercerita lanjut mengenai rakaman tersebut, ia adalah idea salah seorang jirannya yang juga aktif membuat aktiviti bersama penduduk setempat sempena hari perayaan atau cuti umum.

“Sempena Hari Kemerdekaan kami cadang buat video kenangan bersama famili saya dan sebahagian daripada enam keluarga lain yang menetap di Lorong Abu. Sebelum PKP pertama lagi kami memang aktif buat aktiviti bersama terutama pada musim perayaan.

“Kebetulan pada tarikh tersebut, Parlimen Ayer Hitam anjur pertandingan video kemerdekaan dan ia membuatkan kami lagi bersemangat untuk menyertainya,” ujarnya yang sudah 10 tahun mengambil tempahan membuat tanjak dari seluruh Malaysia.

Anak kedua daripada tiga beradik itu mengaku pada mulanya berasa malu dan mahu memadam video tersebut, namun akhirnya melihat apa yang terjadi itu sebagai satu hiburan dan insiden lucu.

Dia juga menganggap apa yang berlaku secara tidak langsung boleh merapatkan hubungan antara satu sama lain khususnya sesama penduduk kampung.

“Pada mulanya saya malu dan nak padam video tu tapi setelah berfikir, kadang-kadang kita kena open minded dan terima benda tu menghiburkan orang.

Penduduk di Lorong Abu selalu melakukan aktiviti bersama terutama sekali pada musim perayaan.

“Memandangkan saya baru sahaja berjinak dalam dunia TikTok dan pengikut pun tak ramai, jadi tak sangka langsung akan viral sehingga ramai yang mesej saya tentang video tersebut. Saya rasa seronok dapat hiburkan orang walaupun ia secara tidak sengaja.

“Pesanan saya ialah selagi perkara itu tidak memudaratkan dan kita berfikiran positif, ia boleh dijadikan sebagai hiburan. Mungkin itu yang boleh membuatkan mereka bergelak ketawa dan mengeratkan lagi silaturahim,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Nak nampak gag4h macam pahlawan siap bertanjak, ‘prap’ seluar terk0yak masa shooting video – “Saya sangat malu…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*