“Semoga sehat selalu, bapak” – Pelajar Pelik Pensyarah Tak Pernah Buka Kamera Masa Kelas ‘Online’, Rupanya…

Teknik pembelajaran secara dalam talian (online learning) kini semakin luas digunakan susulan pandemik c0v1d-19 melanda dunia.

Sudah menjadi kebiasaannya jika sedang mengajar, pensyarah akan membuka kamera mereka bagi menampakkan wajah. Ada juga pensyarah yang turut mahu anak murid mereka membuka kamera supaya masing-masing boleh bertentang mata meskipun dibalik lensa kamera.

Pun begitu, tindakan seorang pensyarah di Universiti Gadjah Mada, Indonesia membangkitkan persoalan dalam kalangan para pelajarnya kerana beliau tidak pernah membuka kamera ketika sedang mengajar sejak awal semester bermula.

Lapor Tribunnews, tujuan sebenar pensyarah yang dikenali sebagai Edi Prasetyo Nugr0ho tidak membuka kamera bagaimanapun terbongkar akhirnya. Selepas tidak sengaja terbuka kamera, para pelajar pensyarah terbabit dapat melihat rupanya beliau sakit sehingga perlu memakai tiub oksigen. Kondisinya itu difahamkan, tidak pernah dikongsikan pada semua.

Menerusi satu video yang kini viral di laman sosial TikTok, salah seorang pelajar beliau, Nandini Catra Nabilah, 23, berkata, pensyarah yang mengajar subjek perniagaan dan pengurusan itu mengh1dap peny4kit buah pinggang sejak 11 tahun lalu.

“Dosen (Pensyarah) Edi harus jalani rutin cuci dar4h setiap dua minggu sekali. Beliau juga perlu selalu menggunakan selang oksigen kerana saturasinya di bawah 90,” katanya.

Jelas pelajar yang mesra disapa Nabilah itu lagi, setelah mengetahui kondisi sebenar pensyarah dan tujuan disebalik tidak pernah membuka kamera semasa kuliah, dia terkejut dan terharu kerana pensyarahnya itu masih gigih mengajar meskipun s4kit.

“Teman-teman saya juga kaget, sedih dan terharu dengan dedikasi beliau walaupun dengan kondisi yang ada,” katanya.

Pensyarah terbabit juga dikatakan sering memberikan kata-kata motivasi dan sama sekali tidak pernah mengeluh semasa mengajar walaupun dirinya sedang s4kit.

Tulis Nabilah dalam laman sosial TikTok, dia percaya mungkin pensyarahnya itu tidak membuka kamera semasa sesi kuliah adalah kerana tidak mahu para pelajarnya menjadi risau dengan keadannya sekali gus menyebabkan mereka sukar untuk fokus.

Video:

@eccediary

Sehat selalu Bapak, terima kasih sudah mendedikasikan waktu dan semangatnya untuk mengajar✨ #bcaxyz #bcazxy

♬ You Are Enough – Sleeping At Last

“Jujur malu sama diriku yang sehat begini tapi kadang nggak semangat buat belajar giat,” kata Nabilah lagi. 

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah viral di media sosial TikTok dan turut dikongsikan di beberapa laman sosial lain. Ia juga menerima banyak komentar daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan pesyarah berkenaan dan memuji kegigihan dan dedikasinya dalam mengajar.

Komen Netizen:

Sumber: Tribunnews

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : lobak Merah

Be the first to comment on "“Semoga sehat selalu, bapak” – Pelajar Pelik Pensyarah Tak Pernah Buka Kamera Masa Kelas ‘Online’, Rupanya…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*