Birthday anak, tapi bapa dapat hadiah! Suri rumah tak sangka mampu hadiahkan kereta Honda walau tak sampai setahun jual ub4t kvrus

SETIAP anak pastinya menyimpan impian untuk membalas jasa dan membahagiakan orang tua mereka.

Begitu juga dengan wanita ini yang menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda City buat bapanya pada Jun lalu.

Menurut Nur Shazleen Sabri, 29, dia mahu meraikan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada tarikh 22 Jun dengan cara yang berbeza khusus buat insan yang disayanginya itu.

Dalam satu rakaman tular, dia kelihatan sebak ketika berpelukan dengan bapanya, Sabri Husain, 54, yang gagal menahan air mata kesyukuran apabila menerima kejutan berkenaan.

“Saya buat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta untuk ayah sempena birthday saya yang jatuh pada 22 Jun, tapi kejutan itu dibuat awal pada 18 Jun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Ia merupakan impian saya sejak kecil lagi. Saya tak pernah berhenti berdoa dan kebetulan kali ini Allah bagi rezeki lebih. Keuntungan saya berniaga digunakan untuk beli kereta ini.

“Saya sebak dan menangis sebab tak sangka impian jadi kenyataan. Lagi sedih bila tengoh ayah menangis kegembiraan,” ujarnya kepada mStar.

leen4

Leen bersama suami dan dua anaknya.

Mesra disapa Leen, dia mended4hkan bapanya yang bekerja sebagai kerani sekolah hanya menaiki kereta Proton Iswara sahaja.

Jelas Leen, dia kasihan melihat bapanya mengalami sakit kaki gara-gara terpaksa memandu kereta jenis manual, sekali gus meniup semangat kepadanya untuk merealisasikan hasrat itu secepat mungkin.

Jangan berkira dengan mereka. Yakinlah bahawa rezeki itu luas.

LEEN

“Sebelum ini ayah naik kereta Proton Iswara. Saya tengok dia turun kereta, mesti sakit kaki. Kesian ayah naik kereta manual.

“Syukur Alhamdulillah, saya tengok ayah gembira bawa kereta jenis auto sekarang,” ujarnya yang menetap di Pasir Puteh, Kelantan.

Menurut Leen yang sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga, dia sebelum ini hanya bergelar suri rumah dan mula berniaga produk kecantikan sejak Oktober tahun lalu.

leen5

Leen mula berniaga pada tahun lepas.

“Saya baru berniaga ubat kurus tahun lepas. Saya hanya jadi stokis produk orang lain. Sebelum ini saya hanyalah suri rumah sepenuh masa.

“Saya selalu doa nak beli kereta untuk ayah. Saya menyimpan duit ketika mula berniaga dan akhirnya doa saya dimakbulkan tahun ini.

“Allah bagi rezeki cepat sangat. Dengan keuntungan pertama ini saya dapat belikan kereta untuk ayah. Saya tak kisah tiada apa-apa, asalkan keluarga bahagia.

leen3

Keluarga besar Leen.

“Rasa puas dapat berbakti untuk ayah. Kepada sesiapa sahaja yang masih ada mak ayah, jangan berkira dengan mereka. Yakinlah bahawa rezeki itu luas,” ujarnya yang juga ibu kepada dua cahaya mata.

Sehingga kini, video kejutan hadiah kereta yang dirakam di kediaman ibu bapanya di Pasir Mas meraih lebih 30,000 tontonan di TikTok.

Rata-rata komen netizen turut menzahirkan rasa seb4k mereka menonton video itu, tak kurang juga yang memuji sikap Leen yang tak lokek berbakti untuk orang tuanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Birthday anak, tapi bapa dapat hadiah! Suri rumah tak sangka mampu hadiahkan kereta Honda walau tak sampai setahun jual ub4t kvrus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*