Kec0h Bas Bawa Patient Cov1d-19 Naik Cameron , Pengunjung Terk4ndas Ket4kutan

Antara lokasi yang kerap menjadi sebutan dan tumpuan selepas perjalanan rentas negeri dibenarkan adalah tanah tinggi Cameron Highlands yang menjanjikan suasana nyaman serta ketenangan terutamanya kepada warga kota.

Bagaimanapun, tinjauan di platform media sosial mendapati ramai pengguna membangkitkan kebimbangan terhadap trend jumlah pengunjung ke lokasi tersebut yang sekali gus meningkatkan ris1ko penul4ran c0v1d-19.

Terdahulu seorang pengguna Twitter yang mendakwa dirinya ‘pekerja kesihatan’ membalas pertanyaan influencer, Khairul Aming bahawa ramai pengunjung yang pulang bercuti dari Cameron Highlands hadir ke klinik membawa hasil kit ujian kendiri positif.

“Bukan nak takutkan. Saya kerja kesihatan, bermula semalam ramai yang baru balik bercuti dari Cameron datang ke klinik bawa kit ujian yang positif.

“Dan ramai juga yang bergejala balik dari Cameron. Crowded (sesak) sangat sana. Kalau boleh elak, elak lah dahulu kot naik sana,” ciapnya baru-baru ini.

Ciapan pengguna tersebut yang mendapat lebih daripada 5,000 ulang kicau turut menerima pelbagai maklum balas daripada pengguna platform media sosial itu yang turut bersetuju dengan dakwaan berkenaan.

“Yaaa saya baru potong gelang. Dua keluarga Positif c0vid-19. Mungkin dij4ngkiti dekat Kea Farm sebab kat situ sesak dan sangat ramai orang,” balas @urnewboyy3.

“Betul, kawan mak aku pun positif lepas pergi sana (Cameron Highlands),” ujar @shahhhhh7

“Saya balik dari Cameron Jumaat lepas (5 November). Bermula daripada tu saya dan isteri selsema. Semalam ke klinik buat saringan. Nasib baik negatif. Tapi tu la. Selsema pun dah tak seronok, inikan lagi positive c0vid-19,” cerita @zaileefd2.

Video:

Pengunjung Terkandas ‘Seram’, Kecoh Bas Bawa Patient c0vid-19 Turun Cameron

Menerusi TikTok pula, tular video memaparkan sebuah kereta polis mengiringi sebuah bas yang dipercayai membawa sejumlah penghidap c0vid-19 turun dari Cameron Highlands.

Klip tersebut dirakam oleh pengunjung yang terk4ndas ketika dalam perjalanan ke pusat pelancongan itu, bagaimanapun butiran seperti tarikh kejadian tidak dimaklumkan.

Video yang mendapat hampir 2 juta jumlah tontonan itu turut menerima pelbagai maklum balas daripada netizen.

@andikaazri99

Cuba korang komen bape jam korang duduk dalam kereta ? ✅👋🏼❤️##fypmalaysia🇲🇾 ##fyp ##andikaazri ##cameronhighland ##fypdong ##foryou

♬ original sound – cytō⛩ – Cyto

Selain risau munculnya banyak kluster baru, mereka turut berharap masyarakat Malaysia tunggu keadaan bertambah baik terlebih dahulu sebelum ingin bercuti ke mana-mana lokasi tumpuan pelancongan bagi mengelakkan ris1ko dij4ngkiti c0vid-19.

Komen Netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : TikTok ctasmah85, andikaazri99 & Twitter khairulaming

Be the first to comment on "Kec0h Bas Bawa Patient Cov1d-19 Naik Cameron , Pengunjung Terk4ndas Ket4kutan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*