[Video] Haqiem Rusly Kahwin Hari Ini, Ramai Gadis ‘P4tah Hati’ – ‘Selamat Tinggal Ex Crush’

Tinggal beberapa jam lagi penyanyi Haqiem Rusly akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan, Anis Sofea.

Kongsi persiapan majlis

@qiemiliowner

Comeeeellll je macam main kawin kawin je tengok. Dalam masa 24jam je lagi 🥰🤍 ##HRxAS ##haqiemrusli ##foryoupage ##fyp ##foryou ##fypシ

♬ original sound – qiemiliowner

Sehari sebelum majlis pernikahan, Haqiem, 23, bersama Anis Sofea, 19, dilihat turun padang ke lokasi yang akan diadakan majlis resepsi mereka.

Terpancar kebahagiaan di wajah pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli apabila tidak lekang dengan senyuman ketika membuat siaran langsung (live) di Instagram, semalam.

@qiemiliowner

Alahai yang sorang pemalu, sorang lagi kaki mengusik pulak 😂. Bersemut everywhere ! @haqiem_1998 ##HRxAS ##haqiemrusli ##foryoupage ##foryou ##fypシ ##fyp

♬ original sound – qiemiliowner

Dalam pada itu, Haqiem juga sempat menyanyikan sedikit potongan lagu daripada penyanyi Anji yang berjudul Dia.

Dah boleh ‘move on’

Di ruangan komen, rata-rata peminat perempuan mula meluahkan rasa p4tah hati melihat ‘crush’ yang diminati akan berkahwin.

Namun, jauh di sudut hati, mereka tetap mendoakan kebahagiaan pelantun lagu Tergantung Sepi dan bakal isterinya selain dipermudahkan urusan hari bahagia.

Terdahulu, Haqiem membuat pengumuman mengejut apabila memberitahu bahawa dia bakal bernikah pada 19 November ketika memberikan ucapan selepas memenangi anugerah bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) pada Sabtu lalu.

 

Sumber: TikTok @qiemiliowner

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment on "[Video] Haqiem Rusly Kahwin Hari Ini, Ramai Gadis ‘P4tah Hati’ – ‘Selamat Tinggal Ex Crush’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*