[VIDEO] “Masuk2 Terus Jer1t ‘H0i’…”- Zizan Cu4k Kena Sergah Ustaz Abdullah Khairi

Terdahulu, ramai teruja melihat kelibat Emma bersama suami dalam sekeping foto dengan Zizan Razak sempena pembukaan restorannya awal November lalu.

Selang beberapa hari kemudian, pelakon filem ‘Abang Long Fadil’ berkenaan turut menerima kunjungan beberapa rakan selebriti lain termasuklah Nabil Ahmad dan Ustaz Abdullah Khairi (UAK). Sambil memberikan sokongan kepada Zizan, mereka bertiga malah dilihat rancak berbincang semeja.

Apa yang paling mencvri perhatian ramai adalah sewaktu UAK menyapa pelawak tersebut ketika masuk ke restorannya. Berbeza dengan pengunjung lain, Ustaz Abdullah Khairi yang terkenal dengan suara lantangnya ketika berceramah terus menyergah Zizan sekali gus menyebabkannya tergamam seketika.

Namun sebaik menyedari sosok pend4kwah berkenaan, mereka saling bersalaman dan berdakapan sebelum ke meja makan.

@mohammadsyahmi95

Sekali hoi peluk terus😜 k town ###ustazabdullahkhairi ##nabilzira ##zizanrazak869

♬ bunyi asal – Mohammad syahmi

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen akui turut sama terkejut apabila disergah oleh UAK secara tiba-tiba. Namun mereka memahami ia adalah trademark pend4kwah berkenaan, selain memuji cara Zizan menyantuninya dengan penuh rasa hormat.

 

Sumber : TikTok mohammadsyahmi95

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber :http://www.terengganutv.bbn.my/

Be the first to comment on "[VIDEO] “Masuk2 Terus Jer1t ‘H0i’…”- Zizan Cu4k Kena Sergah Ustaz Abdullah Khairi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*