Nynaa letak 7 syarat pelik jika nak jumpa, buat suami naik hairan

KUALA LUMPUR : Bagaikan kisah dongeng Puteri Gunung Ledang, suami pelakon, Nynaa Harizal, 25, Mohamed Fahmi Ilyas hairan mengapa isterinya telah membuat tujuh syarat ketat jika mahu berjumpa dengannya untuk berkomunikasi mengenai urusan percerai4n mereka.

Menurut Fahmi, syarat tersebut di berikan oleh Nynaa pada tarikh 12 November lalu pada pukul 6 petang semasa menghubunginya namun timbul rasa aneh apabila hasrat Nynaa untuk berjumpa bagaikan terlalu rumit dan ketat.

“Memang benar dia ada hubungi saya pada tarikh tersebut seperti yang dikatakan dalam kenyataannya semalam. Sepanjang 30 saat hubungi,saya gembira dengar suara dia namun macam tak sedap hati.

“Ia kerana dia memberikan tujuh syarat jika mahu berjumpa dengannya bagi membincangkan masalah kami. Syarat pertama, nak jumpa di pejabat peguam di Johor Bahru. Kedua, saya kena datang seorang diri. Manakala ketiga, saya tak boleh rakam perbualan.

“Saya juga tak boleh bawa pemandu, tak boleh bawa bodyguard, tak boleh bawa keluarga dan media. Kata nak jumpa tapi kenapa banyak syarat? Lagipun kita suami isteri,” kata Fahmi.

Fahmi berkata demikian semasa ditemui pada sidang media yang diadakan di Menara Bank Rakyat, di ibu kota hari ini.

Selain itu, kata Fahmi, secara peribadi, dia yakin apa yang berlaku bukanlah perancangan daripada isterinya tetapi ada pihak yang mengawalnya memandangkan seharusnya sebagai suami dan isteri, perbincangan dan sebarang keputusan boleh dibuat tanpa ada halangan.

Katany, ia termasuk merujuk kepada hasrat Nynaa untuk berjumpa menyelesaikan masalah di mana-mana lokasi tanpa ada syarat tertentu.

“Boleh saja jumpa di mana-mana tempat lain, di Kuala Lumpur pun boleh. Kenapa nak kena di Johor Bharu juga? Bila ditanya, katanya dia tidak dibenarkan keluar dari Johor Bharu tapi tak boleh beritahu siapa. Masalahnya, siapa yang tak benarkan?

“Banyak tanda tanya dari pihak saya. Dia menuntut untuk bercer4i secara baik tetapi apa yang berlaku ini bagaikan satu manipulasi. Mana tidaknya, nak jumpa berbincang dengan baik pun wujud syarat-syarat pelik?” katanya.

Sementara itu, Fahmi juga tidak menolak berkemungkinan kemelut ini berlaku melibatkan faktor kewangan namun mengaku tidak

boleh menjelaskan secara terperinci mengenai hal tersebut.

“Mungkin juga faktor kewangan bersangkut paut. Tapi tak boleh cakap lebih-lebih sebab saya pun tak tahu apa sebab semua ini berlaku.

“Macam mana saya nak sahkan kalau kami semua tidak betul-betul duduk berbincang? Begitu juga jika nak bercerai. Jika ternyata memang benar Nynaa berhasrat untuk bercer4i, perkara itu boleh diselesaikan dengan baik jika cara yang dilakukan ini pun tidak nampak

baik?

“Kalau nak cerai, saya boleh beri persetujuan jika dia sendiri berjumpa dengan saya dan selesaikan isu ini dengan tertib.

“Semua bukti perbualan sepanjang tempoh sebelum dan selepas kejadian saya ada simpan. Tapi tak dapat nak ded4hkan sekarang atas nasihat peguam,” katanya.

Mohamed Fahmi, 29, dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu pada 3 November lalu, Fahmi yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MFI Group mendakwa isterinya ‘dilarikan’ oleh bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama dan tidak pasti di mana isterinya berada.

Rentetan itu, bapa Nynaa iaitu Harizal Hashim yang juga bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar mengaku tidak bersalah di Mahk4mah Majistret Shah Alam, Selangor atas kesalahan mengugut dengan menggunakan pistol ke atas seorang lelak minggu lalu.

Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, bagaimanapun tampil menafikan mengenai dakw4an dan telahan suaminya yang memaklumkan bahawa dirinya telah dilarikan oleh keluarga sebelum dia membuat tuntutan cer4i.

Selang seminggu iaitu pada 11 November, Mohamed Fahmi membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa did4kwa keluar rumah tanpa kebenaran sejak 2 November lalu.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkam4h Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

Kontrov3rsi dan kemelut perkahwinan mereka yang tidak sampai usia tiga bulan menjadi semakin tegang apabila pelakon itu semalam memfailkan permohonan cerai kepada suaminya.

Nynaa hadir ke Mahmak4h Rendah Syariah Johor Bahru bagi menghadiri sebutan permohonan percerai4n yang dilakukannya melalai peguam syarie pada 10 November lalu.

Permohonan percerai4n dengan talak atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://trendingsangat.

Be the first to comment on "Nynaa letak 7 syarat pelik jika nak jumpa, buat suami naik hairan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*