Cincin Berlian Terbaik Di Dunia, Ini 9 Fakta Menarik Perkahwinan Haqiem Rusli Dan Anis Sofea

Penyanyi lelaki popular negara, Haqiem Rusli, 24, telah sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Anis Sofea, 19, dengan dua kali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pada jam 3.40 petang. Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga tercinta dan kenalan rapat pasangan.

Sah Bergelar Suami Isteri

Haqiem Rusli atau nama sebenar Ridzuan Haqiem bin Rusli menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada pasangan tercinta Wan Anis Sofea binti Wan Zamzuri, atau lebih mesra disapa Anis Sofea.

Pasangan sama cantik sama padan ini memanjat kesyukuran hari bahagianya berjalan dengan lancar dan diraikan dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga tercinta, kenalan rapat dan media sahaja mengikut prosedur operasi standard (SOP) penganjuran majlis perkahwinan dan sosial yang telah ditetapkan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.

Dalam meraikan pasangan ini terdapat beberapa trivia menarik yang bakal tercatat. Berikut Murai.my bawakan 9 trivia menarik mengenai perkahwinan yang boleh dikategorikan sebagai Wedding of the Year 2021.

1. Tema Wedding In The Sky

Meraikan hari bahagia mereka, pasangan ini telah memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan dan resepsi secara tertutup bertemakan “Wedding in the Sky” atau “Raikan Cinta di Langit Asmara” bertempat di skyGlass Cyberjaya. Sebagai info, Aras 22 SkyPark Cyberjaya, skyGlass Designer Event Hall merupakan dewan acara berprestiij berkonsepkan “Glasshouse” dan “Modern Victorian” yang menawarkan pemandangan panorama 360 darjah seluruh Cyberjaya, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur City Centre.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by seramdb (@seramdb)

2. Sudah Rancang Tiga Bulan

Perunding perkahwinan Primadona Events dan juga Ben Signatures Event telah diberi mandat merancang majlis perkahwinan penyanyi popular ini dalam masa tiga bulan secara ‘privasi’. Majlis perkahwinan yang bertemakan “Garden Wedding” beronakan warna putih dan hijau taman pula diolah oleh Mega Bridal Creations

3. Busana Dari Razman Razmi dan Rizman Ruzaini

Haqiem dan Anis mengenakan busana indah dari pereka, Razman Razmi. Manakala untuk resepsi, n busana telah direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dalam rona putih berperincian mewah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MANAGER – 0136382215 (@haqiemrusli98_)

4. 200 Jemputan

Berkongsi rasa kesyukuran dan kegembiraan, pasangan Haqiem dan Sofea turut meraikan hari bahagia mereka bersama 200 orang termasuk keluarga tercinta, kenalan rapat, selebriti serta pihak media dalam Majlis Resepsi dan Makan Malam yang diadakan di SkyGlass Cyberjaya.

5. Resepsi Bertemakan The SOFEA

Dekorasi majlis resepsi telah diberikan nama “The SOFEA” , berinspirasikan Floral Garden” persis taman di kayangan dalam rona pastel yang elegan dan mewah. Ia diilhamkan daripada minat Anis kepada fesyen dan drama Korea. Pasangan meragakan rekaan busana yang direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAQIEM RUSLI FANS 🇲🇾 (@qiemiliorise98_)

6. Haqiem Beli Cincin Berlian Terbaik Dunia, Nilai Perkahwinan Lebih RM7 Juta

Turut meraikan detik bersejarah Haqiem, HABIB Jewels telah menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis.

Cincin berlian Hearts of Fire merupakan berlian terbaik dunia menjadi pilihan kedua mempelai. Persalinan kedua mempelai untuk majlis pernikahan dan persandingan dilengkapi koleksi berlian potongan ekslusif dari HABIB. Nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 juta.

7. Hadiahkan Lagu Buat Isteri

Seperti yang dikongsikan sebelum ini, Haqiem telah menghadiahkan isteri tercinta sebuah lagu karyanya sendiri berjudul “Hitam Saksi Putih” yang akan didendangkan ketika majlis resepsi. Sekadar info, mereka telah menjalin percintaan sejak dua tahun lepas, berkenalan ketika menjalankan urusan perniagaan mereka bersama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kelab Jodoh Berdua (@kelab_jodoh_berdua)

“Dia (Anis) amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan ketrampilannya yang telah menambat hati saya untuk memilikinya,” jelas Haqiem.

8. Dapat Kerjasama 10 Pakar

Majlis Resepsi ‘Raikan Cinta di Langit Asmara’ akan diadakan di taman tergantung (“skypark”) yang terpanjang di Malaysia untuk coretan memori indah pasangan dan semua kenalan. Tetamu dapat merasakan sendiri suasana keajaiban pada saat mereka melangkah masuk. Disambut oleh kakitangan yang mesra dan pihak pengurusan yang profesional, seolah-olah semua tetamu sedang dibawa ke satu dimensi lain, persis taman kayangan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Hari istimewa ini dijayakan dengan kerjasama lebih daripada 10 pakar dalam industri termasuk katerer, perunding perkahwinan, pakar dekorasi, jurufoto berpengalaman dan ramai lagi.

9. Haqiem Sudah Beli Rumah

via Instagram @aqoimran

Menurut sumber terdekat,dikhabarkan Haqiem telah membeli rumah pertama nya baru-baru ini sebagai persediaan menjalani kehidupan baharu bergelar seorang suami bersama isteri tercinta.

 

Sumber:murai.my

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber :https://www.dnq.pw/

Be the first to comment on "Cincin Berlian Terbaik Di Dunia, Ini 9 Fakta Menarik Perkahwinan Haqiem Rusli Dan Anis Sofea"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*