Penantian Lima Tahun, Tahniah! Preity Zinta Dapat Anak Kembar

Pelakon Bollywood terkenal, Preity Zinta mengumumkan menimang cahaya mata kembar menggunakan khidmat ibu tumpang.

Lebih manis lagi, Preity juga menamakan bayi kembar Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.

“Hai semua, saya ingin berkongsi berita gembira dengan anda.

Saya dan Gene sangat gembira serta dilimpahi dengan rasa syukur dan kasih sayang dengan mengalu-alukan kehadiran anak kembar kami Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough dalam keluarga.

“Kami berasa sangat teruja dengan fasa baru dalam hidup kami.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada doktor, jurur4wat dan pengganti (ibu tumpangan) kami kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini,” coretnya menerusi hantaran di akaun Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Preity G Zinta (@realpz)

Dalam pada itu, ruangan komen hantaran tersebut juga dihujani dengan ucapan peminat dan juga rakan selebriti antaranya Priyanka Chopra, Dia Mirza, Shilpa Shetty, Madhuri Dixit dan ramai lagi.

Preity Zinta dan Gene Goodenough menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun sebelum berkahwin pada 29 Februari 2016.

Pelakon filem Chori Chori Chupke Chupke ini mengambil keputusan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat selepas berkahwin.

Komen Netizen:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Penantian Lima Tahun, Tahniah! Preity Zinta Dapat Anak Kembar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*