“Perangai elok sikit, takde adab”- Loy4 minum kopi, YouTuber dilabel peng0tor

Tindakan seorang YouTuber ‘memuntahk4n’ semula minuman yang dibeli dari sebuah restoran aneka pilihan kopi popular mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Seorang pengguna laman Twitter, @ainzafiyra berkongsi dua tangkap layar video TikTok milik YouTuber itu yang memaparkan aksi l0ya gadis tersebut selepas merasai minuman kopi berasaskan Iced Vanilla Latte.

Tegas @ainzafiyra, YouTuber berkenaan sepatutnya perlu menjaga adab dan tingkah laku meskipun tidak menggemari minuman yang diberi nama ‘Air Sally’ itu apatah lagi berada di hadapan makanan.

“Aku tak kisah kalau kau tak suka air tu skalipun. Tolonglah perangai elok sikit. Tu makanan kot. Perangai tak senonoh betul. Kau nak view naik pun buat content elok sikit boleh tak? Menyirap pulak,” tulis pengguna Twitter terbabit.

Difahamkan, YouTuber yang memiliki 658,000 ‘subscribers’ di saluran YouTube itu ke restoran tersebut bagi menghasilkan videonya berkaitan minuman berkenaan yang kini mencecah hampir 170,000 tontonan.

Posting di Twitter itu diulang kicau hampir 5,000 kali dan ratusan komen netizen yang rata-rata mengakui YouTuber terbabit sering menimbulkan masalah sejak dulu lagi.

Malah, segelintir netizen menyifatkan tindakan YouTuber tersebut adalah peng0tor serta mend4kwa mungkin sengaja mahu meraih perhatian semata-mata dengan melakukan aksi menjel3kkan.

Terdahulu, YouTuber berkenaan beberapa kali menjadi tular di media sosial gara-gara perangai ‘peliknya’ selain pernah muncul dalam program Motif Viral yang popular suatu ketika dahulu.

 

Sumber: Twitter @ainzafiyra

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : MediaHiburan

Be the first to comment on "“Perangai elok sikit, takde adab”- Loy4 minum kopi, YouTuber dilabel peng0tor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*