[Video] Budak Seronok Makan, Sampai Beli Dua Mee & Air Buat Netizen Terhibur

Memandangkan sesi persekolahan kembali dibuka, tentunya para pelajar cukup teruja mahu ke sekolah terutamanya pelajar yang masih muda. Sama macam gelagat seorang kanak-kanak lelaki ini yang begitu teruja ke sekolah sehinggakan gelagatnya yang seronok makan di kelas meraih perhatian ramai.

Semuanya gara-gara dia yang siap membeli dua makanan dan dua air untuk dinikm4tinya di dalam kelas. Gelagatnya yang begitu berselera makan ini turut mencuit hati netizen lagi-lagi apabila jarang untuk melihat kanak-kanak sepertinya makan dengan penuh berselera.

Video:

@noracasacasanora

Aduss hahaha 2 straw terus terujanya boleh g sekolah😀😀nakal betul baby ni##tiktokmalaysia

♬ original sound – Noraperry

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan pelajar lelaki itu yang sedang sibuk menjamu selera di dalam kelas. Semasa dirakamkan, kanak-kanak itu turut dilihat tersengih-sengih apabila gelagatnya yang begitu berselera makan ditegur.

Lebih mencuit hati, pelajar lelaki itu siap membeli dua mee goreng dan dua air untuk dinikm4tinya seorang diri. Melihatkan gelagatnya yang berselera makan, wanita itu turut mengusiknya dan bertanya tentang makanan yang dibelinya itu.

pelajar lelaki

Pelajar itu kemudiannya siap minum kedua-dua air itu secara serentak menggunakan straw sekaligus membuatkan yang lain berdek4h melihatnya. Mungkin juga rakan-rakan yang lain turut terhibur dengan gelagatnya yang sangat berselera ketika makan.

Di ruangan komen, netizen juga turut terhibur melihatkan gelagat kanak-kanak lelaki ini. Dalam masa yang sama, ramai yang turut gembira melihat gelagat kanak-kanak itu yang berselera makan dan tidak cerewet atau memilih untuk makan.

“Seronoknya dapat makan dalam kelas…”

pelajar

“Sama macam adik saya makan banyak tapi badan kecik.”

makan

“Sukanya tengok budak banyak makan macam ni.”

komen

“Seronok dia dapat pergi sekolah.”

tik tok

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[Video] Budak Seronok Makan, Sampai Beli Dua Mee & Air Buat Netizen Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*