Untuk memulakan sesuatu perhubungan sudah tentu pelbagai fasa harus dilewati. Hal ini biasanya menjadi salah satu perkara amat penting jika mana-mana pasangan ingin melanjutkan sesuatu hubungan ke tahap yang lebih serius.
Namun, sebelum melanjutkan ke fasa perkahwinan, mana-mana pasangan haruslah mendapat restu daripada ahli keluarga agar rumah tangga yang akan dibina mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.
Jadi, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nana_amalyena, dia telah memuat naik satu momen yang sangat berharga ketika majlis pertunangannya apabila bakal suami telah mencium tangan dan meminta izin terus kepada datuknya untuk menjadikan pengguna TikTok berkenaan sebagai isteri.
My man introducing himself and asking permission to marry me from my atuk 🥺
My man introducing himself and asking permission to marry me from my atuk 🥺
♬ original sound – Caitlin Fladager
Dapat dilihat lelaki itu mencium tangan, dan berbual sebentar dengan memperkenalkan diri kepada datuk @nana_amalyena.
Majlis pertunangan yang dilakukan secara ringkas itu hanya dihadiri ahli keluarga rapat dan telah diadakan pada 13 November 2021 yang lalu.
Engagement Day Ashraf & Amalyena 💍💕 ##13Nov2021 Alhamdulillah dan semoga dipermudahkan segala urusan seterusnya ❤️
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa terharu dan memuji adab yang ditunjukkan pemuda berkenaan dalam menyunting bakal isterinya.
Adab itu juga dilihat semakin sering dilupakan pada masa kini sedangkan saling menghorm4ti dan meminta restu adalah salah satu kunci dalam hubungan kekeluargaan.
Sumber:TikTok @nana_amalyena, OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia
Sumber : https://www.dnq.pw
Be the first to comment on "[Video] Sungguh2 Minta Izin Atok Nak Nikahi Cucu, Lel4ki Ini Dipuji Ber4dab Dan ‘gentleman’,"