Abang tersipu-sipu saat pertama kali bertemu bakal isteri, gementar sampaikan nak patah balik rumah… tak sangka ramai ‘approved’ jodoh pilihan keluarga!

TIDAK dapat dinafikan sama ada lelaki mahupun wanita, sudah pastinya timbul perasaan gugup atau berdebar apabila pertama kali bertemu dengan keluarga bakal mentua.

Begitulah juga kisahnya dengan pemuda ini yang bukan sahaja pertama kali bersua muka dengan keluarga bakal mentua, tetapi juga bakal isterinya.

Menerusi rakaman video, jelas kelihatan wajah pemuda berkenaan yang malu-malu dan tersenyum sipu apabila dia dipertemukan dengan wanita yang bakal menjadi permaisuri hatinya kelak.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Bibi Maidiana Mariam Mahadi berkata, video gelagat abangnya, Muhammad Haziq Mahadi, 23, yang dirakam baru-baru adalah sewaktu mereka bertandang ke rumah keluarga calon isteri lelaki berkenaan di Taiping, Perak.

“Ketika majlis perkenalan atau taaruf antara kedua-dua keluarga, saya sengaja rakam gelagat abang sebab nak mengusiknya yang kelihatan gementar.

“Mula-mula dia tak perasan saya rakam… kemudian bila perasan, dia minta saya berhenti rekod sebab segan. Saya memang suka menyakatnya sejak dari dalam perjalanan ke rumah keluarga bakal isterinya lagi,” cerita gadis berusia 21 tahun ini.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Senang disapa sebagai Bibi, gadis ini berkata abangnya yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan di gimnasium sememangnya seorang lelaki yang pemalu.

“Abang saya sememangnya seorang yang pemalu dari zaman sekolah lagi. Rutinnya pergi sekolah, balik sekolah. Tak ada masa nak bersosial sangat.

“Sebelum dipertemukan dengan wanita pilihan keluarga, dia sememangnya single dan available.

abang 2

Keluarga Bibi berkunjung ke rumah bakal isteri abangnya untuk berkenalan pada minggu lalu.

“Bukannya tak ada peminat, tapi abang ni pemalu benar. Pernah je ada kawan-kawan saya atau kawan-kawan kakak nak berkenalan tapi hatinya belum terbuka. Pernah juga dia kata tak mahu kahwin sebab nak jaga mak dan abah.

“Mungkin kali ini bila mak kata nak carikan calon, hatinya terus terbuka,” katanya yang berasal dari Ipoh.

Sementara itu Muhammad Haziq yang turut serta dalam temu bual berkata, dia menganggap pilihan ibu dan keluarganya adalah pilihan yang terbaik.

Mengakui dirinya gementar ketika pertama kali bertemu bakal isteri baru-baru ini, lelaki ini berkata dia bersyukur kerana majlis berkenaan berjalan dengan lancar.

Bukannya tak ada peminat, tapi abang ni pemalu benar. Pernah je ada kawan-kawan saya atau kawan-kawan kakak nak berkenalan tapi hatinya belum terbuka.

BIBI MAIDIANA MARIAM MAHADI

ADIK

“Sebenarnya dari rumah lagi saya gementar tapi masa tu masih okay. Tapi semakin dekat nak sampai rumah keluarganya, saya makin berdebar. Masa tu terasa macam boleh patah balik rumah tak.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Saya juga nak berterima kasih kepada netizen yang turut sama doakan agar urusan keluarga kami selepas ini dipermudahkan,” ujarnya sambil menambah, majlis pertunangan dijangka diadakan awal tahun hadapan.

Dalam pada itu, Bibi yang juga seorang penuntut Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar berkata dia tidak menyangka perkongsiannya di aplikasi TikTok menjadi tular.

“Mula-mula saya post video dekat Instagram saja dan abang tahu. Tapi saya post dekat TikTok, dia tak tahu, Saya fikir nak letak saja-saja. Sekali kawan beritahu masuk FYP (For You Page). Terkejut saya.

abang 1

Bibi yang merupakan anak keempat daripada lapan adik beradik sememangnya rapat dengan Muhammad Haziq yang merupakan anak ketiga.

“Abang saya lagi terkejut dia jadi ‘famous’ tiba-tiba. Alhamdulillah, ramai yang doakan baik-baik malah mereka siap ‘approve’ lagi abang saya dengan bakal kakak ipar.

“Malah ada juga yang minta saya post video abang lagi untuk majlis seterusnya. Terima kasih untuk semua komen positif dan doa,” ujarnya lagi.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Abang tersipu-sipu saat pertama kali bertemu bakal isteri, gementar sampaikan nak patah balik rumah… tak sangka ramai ‘approved’ jodoh pilihan keluarga!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*