Berita Gembira buat Kaum Isteri, KWSP umum kemudahan I-sayang

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bakal melancarkan kemudahan I-sayang pada tahun hadapan.

Menurut Pengerusi KWSP, Tan Seri Ahmad Badri Mohd Zahir ini adalah sebagai sebahagian usaha berterusan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Menerusi kemudahan ini, para suami dibenarkan untuk memindahkan 2 peratus dari simpanannya untuk dicarumkn secara sukarela kepada akaun isteri.

Selain itu menurut Pengerusi KWSP, satu lagi kemudahan akan diperkenalkan pada tahun hadapan iaitu i-Lindung.

Menerusi kemudahan i-Lindung pencarum dibenarkan mengeluarkan simpanan dari akaun 2 bagi membeli perlindungan insurans hayat dan penyakit kritikal menerusi platform KWSP.

Sehubungan dengan itu, ramai juga dikalangan pencarum yang masih menunggu keputusan dari KWSP samada membenarkan pengeluaran i-Citra RM 10,000 seperti yang dituntut oleh Pemuda Umno dan juga Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Baru Je Rakyat Desak Kerajaan Beri One Off KWSP RM10 Ribu. Ini Respond Mengejutkan Dari Pihak KWSP Kenapa Susah Nak Bagi.

Kemudahan pengeluaran bersifat luar biasa seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada 7.4 juta ahli.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan memaklumkan, meskipun kemudahan itu telah memberi kelegaan kepada ahli terlibat, namun ia telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripadan RM10,000 dalam akaun mereka.

6.1 juta ahli KWSP mempunyai baki kurang RM10,000, majoriti ahli Bumiputera.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.

“Ia meskipun pengeluaran tersebut telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kejatuhan dalam jumlah simpanan ini ternyata lebih merisaukan untuk ahli bumiputera, memandangkan seramai 78 peratus, atau lebih tiga perempat telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut.

“Akibatnya, seramai 4.4 juta, atau 54 peratus, ahli bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan 2.0 juta, atau 25 peratus, mempunyai kurang daripada RM1,000,” jelas kenyataan tersebut pada Ahad.

Lantaran itu, KWSP kini fokus dalam membantu ahli membina semula simpanan demi masa depan persaraan mereka.

“Berikutan keperluan untuk melindungi masa depan ahli dan membina semula dana persaraan mereka, sebarang pengeluaran luar biasa tambahan pada masa hadapan perlu dipertimbangkan dengan teliti.

“KWSP berharap langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi dan merangsang pekerjaan akan membantu ke arah memenuhi keperluan rakyat,” tambah kenyataan itu lagi. Sumber: KWSP via Astro Awani.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan mengh1na.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : http://limauasamboi.pw

Be the first to comment on "Berita Gembira buat Kaum Isteri, KWSP umum kemudahan I-sayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*