Nikah senyap-senyap… Yonnyboii tak sanggup terus berahsia kahwin awal, takut timbvl fitn4h

TIDAK berniat untuk merahsiakan pernikahan sebaliknya penyanyi Yonnyboii menjelaskan dia pada awalnya ingin membuat kejutan kepada peminat pada hari persandingan mereka, 22 Januari depan.

Namun bagi mengelakkan fitn4h dan menjaga nama baik keluarga, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, terpaksa mended4hkan pernikahannya bersama isteri iaitu Nik Nazira Narriman, 22.

“Pernikahan tu berlangsung 20 November lalu. Kami sebenarnya nak rahsiakan pernikahan sehingga bulan Januari tahun depan iaitu pada hari kami bersanding. Acah-acah baru kahwin..

“Tapi macam tak sedap pula bila fikir balik sebab nak rahsiakan daripada orang. Nanti jadi fitn4h so decide bagitahu orang, jujur je.

“Awalnya takut kalau ada orang cakap pelik-pelik dan demi jaga nama baik famili. Saya dan Nazira pun tak pandai nak simpan rahsia,” katanya kepada mStar.

Yonnyboii ingin mengelakkan fitn4h dan menjaga nama baik keluarga.

Pasangan itu diijab kabul dalam majlis pernikahan dengan dihadiri 20 ahli keluarga terdekat di Duchess Place, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Yonny memberikan mas kahwin sebanyak RM500 dan duit hantaran RM40,000 serta sebentuk cincin berlian.

“Majlis pernikahan tu memang keluarga terdekat saja hadir, kami buat 20 orang sahaja tetamu, ramai juga yang terasa sebab tak diundang.

Family memang nak kami kahwin awal, rancangannya kahwin next year je. Tapi parents nak awal sebab bimbang ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

Sebab sekarang dah halal, so kalau ada apa-apa orang nak cakap tak boleh jadi fitn4h lah.

YONNYBOII

PENYANYI

Berkongsi pengalaman hampir seminggu bergelar suami, Yonnyboii mengakui lebih selamat berada dalam hubungan yang halal dan bahagia.

Tambah penyanyi Salahku ini, dia bakal berpindah ke rumah baharu dengan isterinya yang terletak di Damansara.

Best la jadi suami, ni life baru macam tak percaya dah kahwin. Tapi Alhamdulillah semua urusan kami dipermudahkan. Ibu bapa kami semua masing-masing okay dan banyak membantu.

“Sebab sekarang dah halal, so kalau ada apa-apa orang nak cakap tak boleh jadi fitn4hlah.

Yonnyboii bertunang dengan Nik Nazira pada 9 Oktober lalu.

“Saya harapkan dia dapat jaga dan jadi tulang belakang saya selalu dan terus bersinar untuk saya.

“Buat masa sekarang kami stay di rumah famili tapi bercadang nak berpindah di rumah sendiri,” ujarnya.

Yonnyboii atau nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin bertunang dengan Nik Nazira di kediaman keluarga gadis itu di Shah Alam, Selangor pada 9 Oktober lalu, selepas setahun berkenalan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Nikah senyap-senyap… Yonnyboii tak sanggup terus berahsia kahwin awal, takut timbvl fitn4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*