Bukan dua tapi bertiga… dulu hanya gambar nikah, sekarang rasa macam pengantin baharu!

BERGELAR raja sehari pastinya berdebar-debar menyambut hari bahagia.

Lain pula ragam seorang pengantin perempuan yang selamba menyiapkan si anak kecil di hadapan pelamin sebelum majlis berlangsung.

Dalam persalinan busana merah, pengantin kelihatan sedondon bersama anak lelakinya.

Pengantin perempuan, Sofiah Syafirah Mohd Zin berkata, anak lelakinya baru berusia tujuh bulan pada majlis persandingannya, Sabtu lalu.

Wanita berusia 24 tahun itu bagaimanapun memberitahu, dia sebenarnya telah bernikah pada 21 Mac tahun lalu.

“Saya nikah masa kerajaan dah umum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tahun lepas. Jadi hanya akad nikah yang boleh dibuat secara ringkas.

“Majlis majlis berinai dan kenduri kahwin terpaksa dibatalkan pada saat akhir. Memang kec3wa masa tu sebab dah rancang semua,” katanya kepada mStar.

pengantin anak 7 bulan 4

Sofiah (kiri) dan suami bernikah pada 21 Mac 2020.

Reda dengan dugaan yang berlaku, dia yang kebih dikenali sebagai Sofiah berkata, majlis persandingan ditunda pada November tahun lalu.

Jelasnya, keadaan kesihatan yang tidak menentu kerana hamil menyebabkan rancangan tersebut terpaksa ditangguhkan.

“Masa tu saya hamil empat bulan. Tapi tak ada mood nak buat majlis sebab pembawakan bayi, jadi saya asyik rasa loya.

“Memang teruk sangat morning sickness selama beberapa bulan. Jadi plan untuk sanding di pelamin tangguh lagi,” ujarnya yang berasal dari Kota Tinggi, Johor.

pengantin anak 7 bulan 2

Sofiah (kanan) bersama ibu saudara suaminya yang baru berkahwin.

Bergelar suri rumah, Sofiah memberi tumpuan dengan menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, tanpa memikirkan untuk bersanding di pelamin.

“Bagi saya, apa yang lebih penting saya selamat bernikah dan melahirkan anak. Rancangan untuk saya bersanding yang menjadi kali ini berlaku saat akhir.

“Secara kebetulan, ibu saudara suami akan melangsungkan perkahwinan pada November. Keluarga mentua kata buatlah sekali, sebab sebelum ini tak ada kenangan bersanding di pelamin,” katanya.

pengantin anak 7 bulan 3

Pasangan pengantin bersama ahli keluarga.

Walaupun perancangan dibuat pada saat akhir kira-kira sebulan sebelum majlis, dia lega kerana masih boleh menyewa baju pengantin untuk dirinya dan suami.

“Sebenarnya, sebelum PKP tahun lepas lagi kami nak sewa baju pengantin, dah bayar pun. Tapi sebab PKP, tak jadi pakai dan duit pun saya tak minta refund.

Sebelum ni walaupun saya hanya ada gambar nikah untuk kenangan, saya tetap seronok tengok orang lain buat majlis kahwin

SOFIAH SYAFIRAH MOHD ZIN

“Masa tu dah pilih warna maroon sebab itu warna kesukaan saya, cuma belum pilih design sebab dah umum PKP. Jadi, majlis sanding masih guna warna maroon,” katanya.

Menurut Sofiah, dia tidak menyangka impiannya untuk bersanding di pelamin dalam persalinan maroon menjadi realiti meskipun kini bergelar ibu.

pengantin anak 7 bulan 5

Sofiah (kanan) dan suami (kiri) serta anak mereka berusia tujuh bulan.

“Alhamdulillah, badan saya kembali kepada yang asal sebelum kahwin. Kalau sanding masa hamil tu, perut saya besar sangat macam meng4ndung anak kembar.

“Syukur masa sanding anak tak banyak meragam. Sebelum ni walaupun saya hanya ada gambar nikah untuk kenangan, saya tetap seronok tengok orang lain buat majlis kahwin.

“Tapi tak sangka diri sendiri ada majlis kahwin. Rasa macam pengantin baharu!” katanya dengan nada teruja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Bukan dua tapi bertiga… dulu hanya gambar nikah, sekarang rasa macam pengantin baharu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*