Iqbal mahu dekati Rossa, terpikat dengan sikap lemah lembut… kini dalam perbincangan sertai program TV Indonesia

MENGAMBIL keputusan membawa diri ke negara Indonesia, usahawan kontrov3rsi Ahmad Iqbal Zulkifli memberitahu kini cuba mendekati penyanyi terkenal negara seberang, Datuk Sri Rossa.

Iqbal, 27, yang menemui penyanyi lagu Pudar itu pada Ahad menyifatkan beliau seorang yang lemah lembut, sopan dan minimalis dalam berfesyen.

“Semalam saya dijemput untuk tayang perdana filem Love Knots dan kebetulan Rossa ada hadir sebagai salah seorang yang penting dalam filem itu.

“Saya rasa saya nak kenal Rossa dengan lebih dalam dan dekat sebab dia sangat humble. Tapi tak ada niat nak rosak hubungan dia dengan siapa-siapa pun hanya nak berkenalan.

risa1

Iqbal sifatkan Rossa seorang yang lemah lembut dan minimalis.

“Saya suka tengok dia, dia profesional, humble, low profile, tak gedik, sopan, bercakap pun tak bising, minimal, tidak sarat bila berfesyen dan bercakap pun lemah lembut,” katanya kepada mStar.

Ujar Iqbal, selepas berpindah ke Indonesia dia berasa lega kerana kedatangannya disambut baik netizen di negara itu.

Dia yang berniat untuk tinggal lama di sana cuba untuk mencari peluang dan ruang memasuki pasaran Indonesia sekiranya ada rezeki.

Saya rasa saya nak kenal Rossa dengan lebih dalam sebab dia sangat humble.

AHMAD IQBAL

PENYANYI

“Saya rasa akan duduk lama dekat sini tapi tak tahu sampai bila sebab rasa tak berapa tenang dekat Malaysia.

“Saya juga dalam proses untuk masuk program TV di sini tapi tak berani lagi nak confirm, masih dalam perbincangan.

“Saya juga try nak approach Melly Goeslow untuk buat lagu, tapi tengok dulu rate mereka. Saya suka dengan melodi dan arrangement lagu mereka.

Dalam pada itu, tambah penyanyi lagu Hujan ini, dia mahu mencari ketenangan dan mengelakkan diri daripada memikirkan masalah yang tercetus di Malaysia.

iqbal11

Iqbal rasa lebih tenang berada di Indonesia.

“Yang sejujurnya saya memang nak bawa diri nak lari sekejap. Bukan tak ada arah tujuan. Saya akan ambil masa yang lama akan duduk sini.

“Saya rasa harus pandang ke depan dan nak hidup saya lebih banyak perkembangan,” ujarnya berangkat ke Indonesia pada Jumaat lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Iqbal mahu dekati Rossa, terpikat dengan sikap lemah lembut… kini dalam perbincangan sertai program TV Indonesia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*