Berhenti kerja kru kabin, berkahwin tapi jodoh tak panjang… wanita ini cekal besarkan anak dengan bisnes takoyaki

SETIAP manusia melalui perjalanan berbeza-beza dalam kehidupan mereka.

Begitu juga dengan Mayang Ilani Ibrahim, 28, bekas kru kabin sebuah syarikat penerbangan yang kini bergelar usahawan sepenuh masa.

Bercerita kepada mStar, ibu kepada seorang cahaya mata itu sempat memperincikan semula kisah yang dilaluinya sejak dia berhenti kerja pada awal tahun 2017.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya bekerja sebagai kru kabin selama empat tahun setengah dan berhenti pada 2017. Masa tu saya nak kahwin, jadi saya berhenti untuk fokus kepada rumah tangga.

“Saya bernikah pada tahun 2017. Pada tahun sama saya mula bertudung sepenuhnya. Sebenarnya dah lama rasa nak bertudung, cuma sebelum ini saya fikir soal kerja.

“Ada rakan-rakan yang tak bertudung bertudung ketika kerja, di luar mereka bertudung. Tapi saya tak nak macam tu. Saya berhenti terbang untuk berubah ke arah lebih baik,” ujarnya.

Bercerita lanjut, dia yang mesra disapa Mayang mengakui rindu akan dunia penerbangan, namun tidak pernah menyesali keputusannya itu.

mayang 3

Mayang bersama puteri kesayangannya.

Jelas Mayang yang menetap di Kuala Lumpur, banyak pengalaman ditimba sepanjang bekerja sebagai kru kabin dan segala kenangan itu pastinya akan dikenang sampai bila-bila.

“Masih ramai kawan saya yang bekerja dalam dunia penerbangan. Setiap kali mereka kongsi gambar berkaitan kerja, sudah tentu saya pun rasa rindu.

Kalau yang hilang tempat berngantung, boleh bersedih tapi jangan lama-lama.

MAYANG

“Sekarang, setiap kali naik pesawat pun mesti akan teringat kenangan masa jadi kru kabin dulu. Rindu kawan-kawan, rindu suasana kerja dan saya paling rindu akan bau pesawat,” ujarnya berselor0h.

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Mayang akui reda dengan ketentuan tuhan apabila jodohnya tidak berpanjangan yang mana dia sudah berpisah dengan suaminya pada tahun lalu.

Sejak Mac tahun ini, Mayang mula menjalankan perniagaan makanan takoyaki untuk meneroka peluang baharu di samping mencari sumber rezeki untuk membesarkan anaknya yang berusia setahun 10 bulan.

“Awalnya kakak yang approach, katanya dia dapat supplier. Kakak saya memang hantu takoyaki. Jadi saya memulakan perniagaan itu di rumah sejak Mac lalu.

mayang2

Mayang menjalankan perniagaan takoyaki sejak Mac lalu.

“Berniaga sudah tentu berbeza dengan kerja lama saya. Cabaran utama tentunya anak saya. Dia nak sentiasa melekat, tak nak berpisah dengan saya.

“Awal dulu adik saya tolong, kemudian dia pun dah mula kelas masa. Saya rasa susah untuk uruskan bisnes. Pernah rasa nak putus asa.

“Selepas berbincang dengan bekas suami, dia bersetuju untuk kami sama-sama bayar seorang pembantu rumah. Alhamdulillah, sekarang dah makin OK, saya pun dah terbiasa dengan bisnes ini. InsyaAllah saya akan buka gerai tahun depan” ujarnya lagi.

Menurut Mayang, dia berharap kaum wanita di luar sana agar terus yakin menempuhi hari mendatang walau apa jua rintangan yang melanda.

mayang 4

Mayang sebelum ini berkhidmat sebagai kru kabin dengan sebuah syarikat penerbangan.

Kata Mayang lagi, setiap individu melalui dugaan berbeza, namun mereka haruslah fokus kepada diri sendiri dan jangan sesekali ambil pusing akan kata-kata orang lain.

“Macam saya, saya masih lagi ada bekas suami yang baik dan membantu. Jadi setiap orang melalui ujian berbeza, mungkin ada yang lebih berat daripada saya.

“Jadi kita kena sentiasa berusaha dan cuba setiap apa yang sesuai dengan kita. Jangan dengar cakap orang, buat apa yang kita rasa yakin. Fikir untuk diri kita dulu, kemudian baru fikir untuk sekeliling.

“Semua atas pilihan sendiri. Kalau yang hilang tempat berngantung, boleh bersedih tapi jangan lama-lama. Pastikan ada progres,” ujarnya lagi.

Komen Netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Berhenti kerja kru kabin, berkahwin tapi jodoh tak panjang… wanita ini cekal besarkan anak dengan bisnes takoyaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*