KWSPBalas Satu K0men SebabAda Netlzen Mlnta Pngeluaran Diprmudahkan

PETALING JAYA – Sebelum ini rata-rata rakyat berharap agar Bajet 2022 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberikan pelbagai khabar gembira kepada setiap lapisan masyarakat.

Antara harapan disuarakan mereka ialah berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan memberikan bantuan secara one-off berjumlah RM 10,000 yang akan dikeluarkan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP.

Harapan itu dinyatakan rakyat menerusi ruangan komen di hantaran terbaru Facebook rasmi Tengku Zafrul apabila beliau memuat naik satu poster berkenaan Bajet 2022.

RM 10,000 one-off, harap ada dalam bajet, amin, doa Juan Shahpuddin.

Tidak dapat RM 10,000 one-off, dapat RM 5,000 pun sudah baik, kita tahu kerajaan mesti berat untuk lepaskan RM 10,000 sekali gus, semoga doa kalian termakbul, semoga ada rezeki, amin, kata Hilmi Rahman.

KWSP one off RM 10,000 tanpa syarat harus dilaksanakan, pinta Rockybalboa Man. Semoga KWSP RM 10,000 one-off berjalan lancar dan dipermudahkan urusan rakyat tanpa syarat,” kata Mohdyusrir Yusrie.

Sementara itu, Tengku Zafrul menerusi hantaran Facebooknya turut meminta agar rakyat mendoakan pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat berjalan lancar.

Katanya, bajet tersebut begitu penting bagi Keluarga Malaysia untuk mencapai agenda pemulihan yang akan membawa negara keluar daripada p.andemik.

Insya-Allah, bajet yang dirangka secara inklusif ini akan memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi kita semua. jelasnya.

Pengeluaran RM 10,000 akaun 1 KWSP perlu ambil kira jangka panjang

Pertimbangan untuk tidak membenarkan pengeluaran RM 10,000 daripada akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP bukan bermaksud kerajaan tidak mampu tetapi lebih kepada memastikan keperluan semasa dan jangka panjang adalah simbang.

Ketua Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata beberapa pendedahan yang dibuat oleh KWSP menunjukkan dengan jelas kebanyakan rakyat tidak mempunyai wang persaraan yang mencukupi selepas bersara.

I.sunya bukan kerajaan tidak mampu tetapi lebih kepada berhati-hati kerana apa yang dikongsi oleh pihak KWSP adalah kebanyakan rakyat tidak mempunyai wang yang cukup di dalam akaun KWSP mereka.

Boleh, mahu keluarkan semua wang tetapi perlu diingat apabila seseorang itu bersara kemudian hari, bagaimana jika wang itu tidak mencukupi untuk kos sara hidup, siapa pula hendak menanggung, kemampuan ketika itu juga kita tidak pasti,” katanya dalam sesi perbincangan Forum Pasca Bajet 2022 secara dalam talian.

Reaksi Komen Dari KWSP Bila Netizen Minta Pengeluaran

 

Kredit : Kosmo/KWSP/OM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://kisahbena.com

Be the first to comment on "KWSPBalas Satu K0men SebabAda Netlzen Mlnta Pngeluaran Diprmudahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*