Lima jari kaki kiri dibuang gara-gara diab3tes, Bad Indigo guna ‘walker’ untuk bergerak… Urus diri sendiri tak mahu susahkan Ashira

AKIBAT peny4kit diabet3s yang dihidapi, penyanyi Bad Indigo kini berdepan kesukaran apabila lima jari kaki kiri terpaksa dibuang melalui proses pembed4han secara berperingkat.

Biarpun pergerakkan terbatas, namun Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah berkata, dia sedaya upaya cuba menguruskan diri sendiri tanpa bantuan isterinya iaitu penyanyi Ashira.

“Lima jari kaki kiri telah dibuang. Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan.

Bad 1

Pendakwah bebas, Ebit Lew turut mengunjungi Bad baru-baru ini.

“Paling susah nak urus diri bila dalam tandas. Tapi nak tak nak, kena buat juga. Tapi memang saya uruskan diri sendiri sebab tak nahu menyusahkan isteri.

“Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan bagi membersihkan luka, saya akan memandu kereta sendiri. Selagi boleh, memang saya akan buat sendiri.

“Tak mahu ajar diri selalu mengharapkan orang. Bayangkan kalau orang itu ada kerja lain atau tiada, macam mana?” katanya kepada mStar.

Saya tidak anggap semua yang terjadi ini b4la atau musib4h.

BAD INDIGO

PENYANYI

Bad ditemui di konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Ahad lalu.

Bad hadir bersama Ashira yang juga bekas peserta program GV untuk musim yang ketujuh (GV7).

Penyanyi berusia 46 tahun ini terpaksa menjalani pembed4han membuang jari kakinya yang sudah luka akibat peny4kit d14betes yang dihidapinya pada Januari, Mac dan September lalu.

Bad tidak mahu menyusahkan isterinya biarpun pergerakkannya terhad.

Bad bersama isterinya di konsert GV8 minggu kedua.

Dalam pada itu, Bad menganggap dugaan yang menimpa kehidupannya itu sebagai peringatan untuk dia sentiasa mengingati Allah.

“Saya kena juga kuatkan semangat. Setiap hari saya panjatkan kesyukuran kerana di sebalik kepayahan, sekurang-kurangnya Allah masih pinjamkan lagi nyawa buat saya.

“Saya tidak anggap semua yang terjadi ini bala atau musibah. Bagi saya, ini adalah peringatan agar kita sebagai manusia dan hamba, sentiasa kembali mengingatiNya.

“Kalau saya tak fikir begitu, mungkin sudah lama saya akan berterusan mengalami kemurungan,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Lima jari kaki kiri dibuang gara-gara diab3tes, Bad Indigo guna ‘walker’ untuk bergerak… Urus diri sendiri tak mahu susahkan Ashira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*