Apa kes sarung cincin tunang di kedai makan? Lelaki ini syukur dapat bakal isteri, keluarga mentua yang simple dan memahami

JIKA menjengah media sosial ketika ini, boleh dikatakan agak banyak video mahupun gambar yang dimuat oleh warga maya yang berkongsi momen manis sewaktu majlis pertunangan mahupun perkahwinan.

Begitu juga dengan pemuda bernama Aidil Idzham Riza ini yang turut berkongsi detik indah sewaktu ibunya menyarungkan cincin ke jari manis wanita yang bakal menjadi suri hatinya kelak.

Namun apa yang meraih perhatian ramai, majlis pertunangan pemuda ini dan pasangannya begitu ‘sempoi’ kerana dilangsungkan di sebuah restoran!

Berkongsi kisah dengan mStar, pemuda yang senang disapa sebagai Aidil ini berkata, majlis pertunangannya yang berlangsung pada 27 November lalu sedikit ‘lari’ daripada perancangan asal kerana kekangan masa ekoran masalah kesihatannya yang tidak dijangka.

“Pada asalnya, kami dijadualkan bertunang pada 26 November. Namun dalam tempoh terdekat sebelum berlangsungnya majlis, saya terpaksa jalani pembed4han.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Dua pembed4han major sudah saya jalani sebelum itu, dan pembed4han ketiga iaitu ‘minor surg3ry’ terpaksa dijalani pada 27 November. Mujurlah minor sahaja dan ia adalah pembed4han terakhir.

“Jadi disebabkan kekangan waktu untuk melakukan semua persediaan, kami buat majlis ringkas yang dihadiri kedua-dua keluarga. Keluarga kedua-dua belah pihak sangat memahami dan Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” ujar pemuda berusia 24 tahun ini.

cincin 3

Majlis pertunangan Aidil berlangsung pada 27 November lalu di sebuah restoran di Bangi.

Menurut Aidil yang juga pemilik restoran The Bumbung yang terletak di Kajang, sungguh pun majlis tersebut kelihatan sempoi dan serba ringkas, namun ia tetap berlangsung dengan penuh adat.

“Ia berlangsung di sebuah restoran di Bangi, di mana ada ruangan khas untuk majlis kami.

“Sebenarnya bakal isteri dan keluarganya sangat simple dan memahami situasi. Kebanyakan wanita mestilah ada impian untuk majlis pertunangan dan perkahwinan mereka sendiri.

bekas cincin

Bekas cincin yang digubah sendiri oleh Aidil.

“Jadi saya sedaya upaya cuba lakukan sesuatu untuk menampakkan majlis tersebut tetap bermakna. Saya buat sendiri gubahan bekas cincin dan juga beberapa persediaan kecil lain untuk majlis kami, tanpa pengetahuannya.

“Dalam majlis tersebut, wakil kedua-dua belah keluarga berbincang sebagaimana adat pertunangan yang biasa dilakukan,” ujar usahawan muda yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini lagi.

Saya buat sendiri gubahan bekas cincin dan juga beberapa persediaan kecil lain untuk majlis kami, tanpa pengetahuannya.

AIDIL IDZHAM RIZA

Tidak menyangka perkongsiannya di aplikasi TikTok meraih melebihi 228,000 jumlah tontonan, Aidil berkata dia begitu terharu dengan komen positif netizen yang rata-rata mendoakan urusan perkahwinannya kelak akan dipermudahkan.

“Alhamdulillah, terlalu ramai yang mendoakan dan semuanya komen positif. Mungkin rezeki saya dikurniakan pasangan dan bakal keluarga mentua yang sangat memahami.

cincin 2

Aidil bersyukur kerana dikurniakan pasangan dan bakal keluarga mentua yang sangat memahami.

“Buat pasangan yang mahu menuju ke fasa seterusnya, perkara pertama yang penting adalah niat nak halalkan si dia. Bila niat betul, pasti Allah akan permudahkan.

“Macam saya, tiba-tiba saja jatuh s4kit tapi Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan akhirnya,” ujar pemuda ini lagi.

Komen Netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Apa kes sarung cincin tunang di kedai makan? Lelaki ini syukur dapat bakal isteri, keluarga mentua yang simple dan memahami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*