Nora Arifin Selamat Bernikah Dengn Sahabat Baik Arw4h Su4mi

 

PETALING JAYA :”Sempena malam Jumaat yang juga Sayyidul Ayyam, saya dengan rendah diri dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan sudah bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik arwah Johan sejak kecil lagi.

“Saya berpegang kepada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan, bukan kerana ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti.

“Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan”.

Demikian kenyataan penyanyi, Datuk Nora Ariffin,48, memaklumkan sah bergelar isteri kepada sahabat baik arw4h suaminya, Rushdi Ramli.

Nora menjelaskan, dia tidak berniat untuk tidak menghebah-hebahkan perkahwinan keduanya ini sebaliknya sekadar melaksanakan perkara wajib mengikut tuntutan agama saja.

“Saya juga memohon agar semua insan yang saya kenali dan peminat untuk mendoakan saya agar mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah.

“Semoga semuanya dipermudahkan urusan, diberkati, diredhai Allah SWT dunia dan akhirat. In Shaa Allah,” kata Nora.

Balu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi itu berkata, selepas melalui pelbagai fasa ujian dalam kehidupannya, mereka sekeluarga kini mahu mengecapi bahagia dan mahukan kehidupan berkeluarga yang lengkap.

 

Sumber:mh

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.dnq.

Be the first to comment on "Nora Arifin Selamat Bernikah Dengn Sahabat Baik Arw4h Su4mi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*