MH370 jadi ‘trending’ selepas jurutera British d4kwa temui lokasi sebenar pesawat

KISAH pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang tujuh tahun lalu menjadi trending di media sosial selepas seorang jurutera aeronautik Britain mend4kwa mengetahui kedudukan bangkai pesawat itu.

Menurut BBC, Richard Godfrey percaya dia telah berjaya mencari lokasi terakhir pesawat itu terhemp4s.

Beliau mend4kwa pesawat itu terhemp4s di Lautan Hindi, iaitu 2,000km di barat Perth, Australia.

Laporan itu menyatakan bahawa Godfrey telah menggabungkan set data yang berbeza daripada domain yang berasingan.

“Tiada siapa yang mempunyai idea sebelum ini untuk menggabungkan data satelit Inmarsat dengan data prestasi Boeing, data oseanografi, dengan data yang dipanggil Weak Signal Propagation Reporter (WSPR).

“Serpihan itu boleh terletak sejauh pada kedalaman 4,000 meter,” katanya kepada BBC.

Dalam temu bual berasingan dengan program rancangan sarapan pagi Australia Sunrise, Godfrey juga berkata bahawa dia ‘sangat yakin’ telah menemui pesawat itu.

Beliau juga mend4kwa bahawa pesawat yang terhemp4s itu adalah ‘tindakan keg4nasan dan r4mpasan’ tetapi terbuka kepada teori lain jika pihak berkuasa berkongsi maklumat lanjut.

Pada 2014, pesawat MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 individu termasuk 227 penumpang dan 12 anak kapal, sebelum ia hilang daripada radar.

Pencarian awal yang diketuai Australia di Lautan Hindi gagal mengesan pesawat yang hilang itu, menyebabkan misi pencariannya ditamatkan pada Januari 2017.

Pencarian diteruskan oleh Ocean Infinity pada 2018, namun tetap gagal menemui petunjuk.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : mStar

Be the first to comment on "MH370 jadi ‘trending’ selepas jurutera British d4kwa temui lokasi sebenar pesawat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*