Asyik teringat waktu kerja, Emma Maembong terpaksa bawa anak ke set penggambaran

TANGGUNGJAWAB sebagai seorang ibu membuatkan pelakon Emma Maembong sukar untuk meneruskan karier sebagai seorang anak seni.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah r0hani Ismail, 29, berkata, dia sentiasa memikirkan tentang anaknya, Shariq Gabriel yang kini berusia setahun sehingga mengganggu fokus sewaktu sesi penggambaran.

“Waktu mula-mula dapat tawaran berlakon ni saya tak bersedia untuk berlakon lagi sebenarnya. Biasalah, agak sukar untuk saya berenggang dengan anak sebab baru bergelar ibu.

“Tetapi bila fikir balik, susah juga kalau kita nak obses dengan anak sendiri sampai melekat 24 jam. Bila nak mula shooting memang susah nak fokus sebab teringat pada anak, dia okay ke tidak, dah makan ke belum?

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Shariq Gabriel.

“Memang berbeza bila kita sebagai seorang mak ni menjaga anak sendiri, kalau orang lain yang jaga tak sama. Jadi saya mengambil jalan pintas untuk bawa sekali dia ke set,” katanya kepada mStar.

Emma ditemubual di sidang media drama I Promise Janji Anaqi yang diadakan secara vitrual, baru-baru ini.

Emma mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang iaitu Muhammad Shazli Azhar, 32, dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 20 Februari 2020.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia setahun.

Dalam pada itu, bercakap tentang drama berkenaan, Emma yang bergandingan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu dia tidak kekok untuk kembali ke set penggambaran walaupun lama berehat.

Sukar untuk saya berenggang dengan anak sebab baru bergelar seorang ibu.

EMMA MAEMBONG

PELAKON

Emma berkata, dia mudah mencari keserasian dengan pelakon dalam drama arahan Hadith Omar dan penerbit Michael Ang itu.

“Bagi saya tak susah sangat nak dapatkan semula chemistry untuk berlakon, sebab saya rasa semua pelakon telah berikan yang terbaik termasuk sekali pengarah.

“Memang awkward jugalah waktu mula-mula masuk ke set semula. Rasa macam boleh ke nak bawa watak sedih men4ngis macam ni?

Antara barisan pelakon drama ‘I Promise Janji Anaqi’.

“Tetapi bila semua pelakon jenis memberi, bila dengar je action terus serius. Baguslah sebab semua memberi kerjasama waktu shooting,” katanya.

Drama bersiri 28 episod ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 6 Disember 2021 eksklusif di Astro Ria.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Asyik teringat waktu kerja, Emma Maembong terpaksa bawa anak ke set penggambaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*