Sudah mendirikan rumah tangga selama 7 tahun sejak bulan April 2014, pasangan pelakon Dato’ Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia telah pun dikurniakan 3 orang cahaya mata. Kini, keluarga besar mereka bertambah meriah dengan kehadiran zuriat baru tepat jam 3.49 pagi tadi.
Ya Allah kau permudahkanlah kelahiran anakku…Besarnya pengorbanan seorang ibu
14 jam lalu, Dato’ Fizz Fairuz sempat berkongsikan video menunjukkan si isteri sedang menahan perit ketika contraction. Muka merah padam pelakon wanita berkenaan pada saat itu ternyata telah membuatkan ramai sayu. Sungguh besar kudrat ibu yang mahu melahirkan, dia tidak lepas menggenggam kuat besi katil seakan-akan mengumpul kekuatan.
View this post on Instagram
Alhamdulillah, isteri saya selamat bers4lin 3.49 pagi tadi…4-0 keputusan sekarang
Beberapa jam kemudian, pelakon filem ‘Anak Halal’ itu akhirnya memuat naik gambar beliau dan isteri yang kelihatan gembira menggendong bayinya. Diuji sebanyak 2 kali apabila kandungan orang rumahnya gugur pada pertengahan tahun 2020, Dato’ Fizz Fairuz tetap memanjatkan rasa syukurnya setelah anak perempuan ke-4 itu selamat dilahirkan.
View this post on Instagram
Masa ni Allah je tahu rasanya macam mana…Semoga dipermudahkan urusan bers4lin akak
Sejak dikongsikan, video tersebut telah meraih 236 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruang komen, rata-ratanya sempat mengimbau kembali saat-saat ketika contraction menunggu masa melahirkan anak.
Sumber:mStar & Instagram Fizz Fairuz
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia
Sumber : https://www.dnq.pw
Be the first to comment on "Gengg4m Kvat Katil Ketika Contr4ction, Ramai Kesi4n Mvka Almy Nadia Merah Padam"